Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ajak Shiro Jadi Ultraman,...

SIKAP prihatin pelawak Ajak Shiro terhadap seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser darah,...

7 Merusuh Semasa Pemilihan...

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh individu bagi bantu siasatan kejadian merusuh semasa...

PAS Tolak Tawaran UMNO...

KUALA LUMPUR - PAS menolak tawaran Kerajaan Negeri Perlis yang menawarkan jawatan Exco...

Kenapa Senyap, ST Benarkan...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tenaga (ST) dipersoalkan mengapa ‘senyap sunyi’ berhubung rungutan orang...

UMNO Perak Kecewa Noor Azmi Keluar Parti

IPOH – UMNO Perak kecewa dengan tindakan anggota Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali keluar parti dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata keputusan tersebut jelas mencerminkan sikap Dr. Noor Azmi yang hanya mementingkan diri sendiri.

Zambry turut mempertikaikan dakwaan anggota parlimen itu kononnya UMNO Bahagian Bagan Serai telah mensabotaj beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Beliau boleh beri apa sahaja alasan untuk keluar parti termasuklah dakwaan disabotaj, jika benar ada unsur sabotaj, takkanlah beliau boleh menang di situ,” kata Zambry yang juga bekas Menteri Besar.

Dr. Noor Azmi memenangi kerusi itu dengan majoriti 172 undi setelah mengalahkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS.


Anggota Parlimen itu dalam sidang media di Bagan Serai semalam memaklumkan beliau kini wakil rakyat bebas, dan membayangkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – BERNAMA

Kategori