• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan ‘Bangsa Malaysia’ Guan Eng Gimik Politik

oleh Haris
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK sampai 100 hari mentadbir negara, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sudah dilihat gagal mentadbir negara dengan baik sehingga menimbulkan beberapa isu yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina telah menunjukkan belang sebenar PH yang kini jelas hanya boneka DAP.

Terbaharu, UMNO Johor juga tampil bersuara menghentam tindakan tidak sensitif Guan Eng yang satu ketika dahulu mengakui dirinya “bukan berbangsa Cina tetapi berbangsa Malaysia”.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan sama ada Guan Eng sudah lupa pendiriannya ketika mengeluarkan kenyataan itu.

Ujar Khaled, tidak mustahil Guan Eng hanya melakukan satu gimik politik bagi mendapatkan perhatian masyarakat ketika mengeluarkan kenyataan demikian.

 “Jika tindakan tersebut bukan sekadar satu gimik politik yang penuh kepura-puraan, sebaliknya bertujuan menunjukkan semangat kebangsaan dan nilai beliau sebarang seorang warga negara Malaysia, mengapa ia tidak diterjemahkan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh?” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Tambah Khaled, Guan Eng dengan mudahnya melupakan pendirian itu selepas kini memegang jawatan dan menjalankan tugas-tugas rasmi dalam kerajaan.

Khaled berkata tidak ada alasan untuk Guan Eng mengenepikan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dalam mengeluarkan kenyataan rasmi di bawah nama Kementerian Kewangan.

Jelasnya lagi, sekiranya Guan Eng dan pasukannya tidak fasih dengan sesuatu istilah atau penggunaan bahasa, mereka boleh mendapatkan khidmat pelbagai agensi kerajaan untuk membantu.

“Lim Guan Eng boleh sahaja mendapatkan khidmat pelbagai agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

“Melainkan, pada beliau, bahasa Melayu dan semua agensi ini sudah tidak penting dan tidak layak dirujuk,” tulis kenyataan itu lagi.

Selepas mendapat kecaman daripada ramai pihak, Guan Eng tampil mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Bagaimanapun, kenyataan di Facebook yang dikeluarkannya malam tadi hanya dibuat dalam bahasa Cina sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Perkara itu menyebabkan beliau dikiritk dengan hebat di media sosial serta turut mendapat perhatian pemimpin pembangkang yang menempelak tindakannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd