• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

oleh Mohd Arshad
26/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kadar Air Di Pulau Pinang Dikawal Kerajaan Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Justeru, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dakwaan bahawa sekatan itu menyekat kebebasan akademik tidak seharusnya ditimbulkan.

“Saya harap mereka yang berkenaan yang membuat komen perlu membezakan antara konteks kebebasan akademik dengan kebebasan yang menyentuh tentang imej dan kedudukan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Riang Ria Raya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang profesor tempatan yang berpandangan bahawa Universiti Malaya (UM) tidak seharusnya meminta maaf atas keputusan menjemput seorang penceramah Amerika Syarikat baru-baru ini sehingga menimbulkan kontroversi.

Baru-baru ini, tular di laman sosial X suatu hantaran dimuat naik profesor sains politik Bruce Gilley yang juga pro-Zionis, mengenai kehadirannya dalam sebuah program di UM.

Hantaran itu mendapat kecaman daripada rakyat negara ini sebelum dipadam Gilley yang memaklumkan dirinya telah meninggalkan Malaysia semalam.

Zambry pada masa sama mengulangi pendirian KPT yang menggalakkan setiap universiti agar menyemak terlebih dulu latar belakang mana-mana pakar sebelum menjemput individu itu dalam sebarang majlis ilmu.

“Jika diteliti beliau (Gilley) dan latar belakangnya, termasuk penulisannya…kalau anda tengok dalam konteks kolonialisme dan imperialisme, bagaimana boleh dibenarkan pensyarah seperti ini datang dan mengajar kita.

“Kita ada ramai profesor di sini, lebih bagus daripada beliau. Sekali lagi, saya mahu tegaskan di sini, ini bukan soal cuba menyekat kebebasan akademik di Malaysia, ini mengenai imej dan kenyataan di luar konteks bidang akademik,” katanya,

Beliau turut menyifatkan dakwaan Gilley bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dikunjungi sebagai kenyataan yang amat merbahaya sehingga menimbulkan ketidakselesaan banyak pihak.

“Sekarang pun kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia tidak selesa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, sebagai contoh hari ini kedutaan US (Amerika Syarikat) menegaskan semula bahawa Malaysia masih selamat untuk dikunjungi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Riang Ria Raya KPT yang dimeriahkan dengan kira-kira 3,000 tetamu terdiri daripada warga kementerian itu serta perwakilan asing.

HarianMetro-

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirpenceramahpro-zionis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Air Di Pulau Pinang Dikawal Kerajaan Persekutuan

Next Post

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Related Posts

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

Lawatan Kerja Zahid, Zambry Ke Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan Tinggi

16/02/2024
0

PUTRAJAYA - Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr...

Polis Johor Terima 16 Laporan Penceramah Hina Institusi Diraja

Polis Johor Terima 16 Laporan Penceramah Hina Institusi Diraja

16/03/2023
0

Polis Johor setakat ini telah menerima 16 laporan berhubung seorang penceramah lelaki yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi...

Next Post
Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd