• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kini Bukan Lagi Kucing Parsi – Tok Mat

oleh Haris
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH hampir sebulan negara di bawah pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu kini bukan lagi ibarat seekor kucing Parsi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, UMNO perlu mengubah sikap dan berdaya tahan menempuh cabaran seperti seekor kucing jalanan sesuai dengan kedudukannya kini sebagai parti pembangkang.

Ujar Mohamad, agak sukar untuk UMNO sebagai sebuah parti pembangkang memandangkan sebelum ini mereka hidup lebih selesa menjadi parti yang berkuasa dalam negara.

“DNA UMNO bukan DNA pembangkang. Itu susah sedikit. Bak kata orang sudah biasa jadi kucing parsi duduk dalam rumah dan makan bersuap tetapi sekarang kena hendak jadi kucing jalanan yang perlu mencari makanan sendiri.

“Kita kena ubah sikap kerana kita bukan lagi kucing parsi tetapi kita sekarang adalah kucing jalanan. Jadi, daya tahan kena kuat.

“Orang caci, campak kita dengan air atau halau kita, itu satu perkara lumrah,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi UMNO yang kini dianggap berdepan cabaran besar kerana memandangkan tidak mempunyai pengalaman sebagai pembangkang.

Tambah beliau yang turut lebih mesra dipabggil Tok Mat, kedudukan semasa UMNO ini diharap akan menjadi iktibar dan memberi pengajaran kepada semua ahli parti terbabit.

“Diharapkan supaya ini akan menjadi pengajaran pengajaran dan memperkasakan azab dan tekad kita supaya kita menyesali apa yang berlaku dan kita sedar apa sebab kita kalah.

“Kalau kita ada itu, kita akan ada keyakinan diri,” ujarnya yang ditemui akhbar hujung minggu itu di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban pada 29 Mei lalu.

Bagaimanapun, dalam masa sama, Mohamad yang bakal bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO itu berkata, parti itu tidak sepatutnya terus mengaku kalah sebaliknya perlu bangkit semula di masa hadapan.

Ujarnya, biarpun UMNO sudah kehilangan kuasa buat kali ini, mereka perlu bekerja lebih keras dan meyakinkan semula rakat Malaysia untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional.

“Kita macam lawan badminton, 14 kali berjumpa tetapi kita sudah menang 13 kali dan baru kalah sekali. Takkan kita hendak putus asa.

“Kita sudah menang dalam 13 pilihan raya umum dan cuma kalah sekali. PH dahulu pun tidak ada kuasa tetapi boleh menang.

“Takkan UMNO bila sudah hilang kuasa, tidak boleh menang. Yang penting kita kena kerja dan yakinkan orang,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd