• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sila Hantar Pemimpin DAP Ke Kelas Bahasa Melayu”

oleh
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Seumur Hidup DAP, Amran Ahmad Nor mengesa pemimpin-pemimpin DAP menguasai Bahasa Melayu terlebih dahulu daripada bersikap rasis cuba mengangkat Bahasa Mandarin.

“Daripada sibuk mempertahankan bahasa Mandarin dalam kenyataan kementeriannya, lebih baik Lim Guan Eng hantar pemimpin-pemimpin DAP ke kelas bahasa Melayu.

“Ini penting bagi membolehkan mereka berdebat secara berkualiti sama ada di Dewan Rakyat atau mana-mana DUN,” katanya dalam satu kenyataan.

Amran yang juga bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP memberitahu, mereka yang dilantik oleh rakyat diberi kepercayaan untuk membawa mesej rakyat ke parlimen. Namun, adalah sukar sekiranya mereka tidak dapat menguasai bahasa Melayu.

“Isunya di sini, bagaimana nak bawa mesej rakyat kalau tak mampu berbahasa kebangsaan sedangkan peraturan dewan mahu hanya bahasa Melayu digunakan ketika perbahasan atau sebarang aktiviti.

“Atau DAP mungkin boleh membawa usul di Dewan Rakyat atau DUN agar membenarkan wakil rakyat DAP untuk berbahas atau berhujah menggunakan bahasa Mandarin atau bahasa ibunda masing-masing,” ujarnya lagi.

Tambah Amran, ramai di kalangan pemimpin dan ahli DAP yang ditemui gagal bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu berdasarkan pengalaman beliau ketika di ibu pejabat DAP.

Amran yakin, rakyat mahu para pemimpin DAP bertutur dalam bahasa Melayu walaupun kebanyakan pengundi DAP dan ahli mereka adalah Cina.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa Mandarin dengan alasan penggunaan bahasa berkenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

Pun begitu, tindakan Guan Eng tersebut telah mencetuskan kritikan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dan menganggap pemimpin DAP itu sengaja mahu menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amran Ahmad NorBahasa MelayuLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd