• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan Pertama Anwar Dengan Wakil Rakyat PKR

oleh Haris
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pertemuan di antara wakil rakyat dan calon pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Jun ini akan membincangkan pelbagai perkara.

Ia juga bakal menjadi pertemuan pertama Ketua Umum PKR itu sengan kesemua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Dalam masa sama, mesyuarat tersebut juga akan dilengkapi taklimat mengenai hala tuju masa depan parti berkenaan selain majlis berbuka puasa.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, mesyuarat itu dicadangkan oleh Anwar dan Nurul Izzah yang bertindak menghantar jemputan kepada semua yang terlibat atas kapasitinya sebagai Pengarah Pilihan Raya.

“Anwar mahu bertemu kami semua kerana beliau belum berjumpa dengan semua calon sama ada menang atau kalah dalam PRU14. Beliau masih belum bertemu dengan kami sejak dibebaskan dari penjara.

“Nurul Izzah sebagai Pengarah Pilihan Raya mengarahkan semua untuk hadir. Semua pemimpin termasuk saya sendiri akan hadir,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Tian Chua berkata demikian ketika ditanya mengenai mensyuarat yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang pada Khamis ini serta kehadiran yang diwajibkan.

Jelasnya, pertemuan tersebut tidak mempunyai matlamat atau plot untuk berkomplot menentang parti lain memandangkan mereka kini sudah pun menjadi kerajaan.

Dalam pada itu, lapor portal berita The Malaysian Insight, surat jemputan bagi pertemuan yang dikeluarkan Nurul Izzah turut menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mewartakan keputusan PRU14.

Kandungan surat itu juga menyebut bahawa daripada 113 kerusi parlimen PH, 49 kerusi atau 42 peratus dimenangi PKR, manakala 67 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu dimenangi parti berkenaan.

Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihubungi akhbar berkenaan berkata pertemuan di antara Anwar dan wakil rakyat PKR merupakan sesuatu yang biasa dilakukan sejak dahulu lagi.

“Mesyuarat itu, satu kebiasaan untuk parti ini selepas setiap pilihan raya, adalah untuk membolehkan hubungan antara wakil rakyat kami dengan kepemimpinan tertinggi, terutama sekali Anwar,” ujarnya.

Tempoh hari, rakyat membangkitkan kebimbangan apabila mendakwa presiden parti berkenaan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah menggunakan kuasanya untuk mengadakan mesyuarat itu di pejabat rasminya.

Bagaimanapun, Nurul Izzah mengakui mengambil maklum dengan kebimbangan tersebut dan telah menukar lokasi pertemuan mereka di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Anwar IbrahimNurul IzzahPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Malang Dirogol ‘Kawan’ Baru Di Taman

Next Post

Dahan Melekat Di Badan, Macam Watak ‘Groot’

Related Posts

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Next Post

Dahan Melekat Di Badan, Macam Watak 'Groot'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd