• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Permulaan Hapuskan Kedaulatan Bahasa Melayu”

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“PERMULAAN kepada usaha beliau (Lim Guan Eng) untuk menghapuskan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.”

Demikian komen Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu penggunaan bahasa Mandarin yang diguna pakai Menteri Kewangan tersebut dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan setiausaha agung DAP itu juga dilihat sebagai satu manifestasi sikap dirinya dan DAP sendiri yang sentiasa cauvanis dalam perhubungan antara kaum.

“Jelas bahawa Guan Eng tidak dapat sembunyi sikap sebenar beliau yang rasis dan anti-Melayu sehingga bahasa kebangsaan pun diketepikan dalam tugas rasminya sebagai Menteri Kewangan.

“Tindakan (Guan Eng) ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (1) (a); bahasa kebangsaan adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam tujuan rasmi.

“Dan perkara 152 (6); tujuan rasmi bermaksud untuk urusan Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Guan Eng sebagai Menteri Persekutuan sepatutnya lebih hormati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tindakan susulan yang sepatutnya dilakukan adalah dengan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Beliau sepatutnya memohon maaf dan berjanji untuk menghentikan tindakan yang salah itu.

“Namun sikap biadap beliau lebih jelas ditunjukkan apabila enggan memohon maaf, sebaliknya mempertahankan dirinya.

“Saya mendesak agar Guan Eng memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan berjanji untuk tidak mengulangi kebiadaban tersebut,” katanya.

Khamis lalu, kenyataan rasmi Kementerian Kewangan yang dikeluarkan dengan bahasa Mandarin telah menimbulkan kritikan pelbagai pihak kerana dianggap mengetepikan bahasa kebangsaan.

Meskipun kenyataan rasmi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris turut dikeluarkan, ramai mempersoalkan rasionalnya terjemahan dalam bahasa Mandarin itu.

Bagaimanapun, Guan Eng mempertahankan tindakan mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa, yang menekankan kepelbagaian bahasa di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Ismail YaakobLim Guan EngUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd