Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pengawal Pantai Itali Selamatkan...

ROME - Perkhidmatan pengawal pantai Itali menyelamatkan kira-kira 264 pendatang yang menaiki bot...

Capaian Internet Malaysia Melebihi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited dalam memastikan capaian Internet di seluruh negara mencapai...

Permintaan Produk Minyak Domestik...

KUALA LUMPUR - Permintaan ke atas produk minyak domestik telah mencatatkan peningkatan semula...

Kronologi Sultan Muhammad V...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah kronologi Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong...

Perkeso Beri Sinar Buat Dua Penerima Lumpuh

TELUK INTAN – Nasib seorang pekerja am yang lumpuh sebelah badan sejak tahun lepas terbela apabila layak menerima faedah pencen ilat setiap bulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Zanariah Zailani, 57, yang bekerja selama 16 tahun sebagai pekerja pembersihan di sebuah hospital di sini mengalami lumpuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada kepala buat kali ketiga hujung tahun lalu.

Ibu tunggal kepada dua anak yang kematian suami, Johari Hassan kira-kira 16 tahun lalu itu disahkan menghidap ketumbuhan pada kepala sejak 2011 dan masalah untuk berjalan yang dihadapi memaksa beliau berhenti kerja.

Beliau yang tinggal bersama ayah yang uzur Zailani Isa, 84, di Kampung Tebuk Banjar di sini menyifatkan wang faedah dan pencen kira-kira RM600 sebulan yang diterima sebagai rezeki Ramadan, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Syawal tidak lama lagi.

“Tahun lepas saya masih buat persiapan Ramadan dan raya, namun tahun ini bila dah hilang mata pencarian, saya hanya sediakan apa yang termampu sahaja,” katanya selepas menerima pencen ilat Perkeso dan kerusi roda yang disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu di sini, hari ini.

Seorang lagi penerima pencen ilat Razak Mohd Zain, 57, yang bekerja sebagai ketua kerani di sebuah estet di Bagan Datuk juga mengharapkan pencen bulanan daripada Perkeso selepas tiba-tiba diserang angin ahmar November tahun lepas.


“Sekarang saya tidak boleh bekerja serta terpaksa mengharapkan jagaan isteri saya Zuraidah Ahmad, 55, dan kes saya ini dirujuk ke Perkeso oleh majikan” katanya yang lega menerima bantuan bagi menampung perbelanjaan persiapan hari raya.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Cawangan Teluk Intan Rak Boon Tan Rat berkata Abd Razak menerima pencen maksimum sebanyak 65 peratus, manakala Zanariah menerima pencen bulanan berjumlah 61 peratus daripada gaji akhir.

“Dengan kerjasama yang baik daripada majikan mereka selaku Orang Berinsuran, bayaran pencen ilat terbabit dapat dilakukan dengan segera,” katanya. – BERNAMA

Kategori