Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dikritik ‘Senda’ Pakai Baju...

TINDAKAN pelakon jelita, Fathia yang memuat naik gambarnya mengenakan baju uniform Tentera Darat...

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan...

PKR Beri Laluan PAS...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi laluan kepada calon PAS bertanding...

Singapura Kenakan Caj Rawatan...

SINGAPURA - Singapura telah mula mengenakan bayaran kepada warga asing yang menerima rawatan...

Pelantikan Asyraf Wajdi Bukti Saudi Iktiraf UMNO

HEBAT… Kisah ini ironi langsung tidak diperbesarkan oleh mana-mana portal berita prokerajaan Pakatan Harapan (PH) walhal ia jelas cerita gembira buat Malaysia sendiri ‘gah’ di mata dunia!

Namun bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan berita Arab Saudi, pelantikan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Ahli Dewan Tertinggi Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia) minggu lalu tentu teruja.

Lebih bangga buat rakyat Malaysia khususnya umat Islam negara ini apabila pelantikan terhadap Ketua Pemuda UMNO yang baharu dipilih itu dibuat atas perkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sendiri.

Baginda yang diwakili Penasihat Utamanya, Sheikh Muhammad Abdul Karrim Al-Issa malahan memaklumkan terus kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu pertemuan di ibu kota baru-baru ini.

Untuk rekod, Asyraf Wajdi, 42,­ pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara dan Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO era Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum itu ialah mantan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Beliau dipetik akhbar tempatan ketika mengulas berita gembira itu berkata, pelantikan tersebut satu pengiktirafan besar atas hubu­ngan baik dengan kerajaan Arab Saudi yang terjalin sewaktu zaman Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Pelantikan tersebut sebenarnya telah dibuat sekitar Februari lalu menerusi satu watikah diraja dan diumumkan sekali lagi pada ming­gu lepas. Saya akan menghadiri mesyuarat pertama liga selepas Zulhijah di Makkah nanti.

Baca: Istana Arab Saudi Sah Derma Kepada Najib Tun Razak

Juga: Tular Kisah Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi

“Ahli Dewan Ter­tinggi liga sebelum ini banyak terdiri daripada tokoh besar Islam dan ulama pelbagai negara. Saya berharap semoga diberikan ke­kuatan serta kemudahan demi faedah umat Islam di tanah air,” kata Asyraf Wajdi.

Ujar graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, pelantikan tersebut juga dibuat berikutan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan isu umat Islam dan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.


Sebelum ini, Asyraf Wajdi turut memuat naik status di laman sosial Instagram milik dirinya berhubung pelantikan tersebut sekali gus menerima pelbagai komen tahniah daripada ramai netizen yang berkongsi kegembiraan sama.

Rabitah Al-Alami Al-Islami ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Makkah, Arab Saudi dan berperanan sebagai salah satu organisasi global yang menjaga hal berkaitan agama Islam.

Apa yang menarik, pelantikan Asyraf Wajdi dalam liga itu membuktikan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap imej BN dalam memperkasakan syiar Islam dan tiada kepada pentadbiran baharu PH pada ketika ini.

Umum maklum, istana Arab Saudi sendiri pernah menyumbang dana peribadi kepada Najib untuk membantu bekas perdana menteri itu berdepan dengan gerakan anti-Islam dilakukan aktivis PH bagi tumbang kerajaan BN-UMNO.

Ia juga demi kestabilan politik beberapa negara Islam daripada ancaman musuh berjaya guling pelbagai kerajaan Islam di rantau Timur Tengah melalui revolusi Arab Spring tajaan Zionis sebelum itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori