• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPT Perkenalkan Dua Aplikasi Mudah Alih

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran berkaitan MPT menggunakan telefon pintar atau komputer berinternet dengan mengakses aplikasi MPTPay, bermula hari ini.

Perkhidmatan pertama seumpama di Sabah yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau capaian daripada laman web MPT itu bakal memudahkan pengguna membuat pembayaran antaranya cukai pintu, lesen operasi, lesen pasar, permit iklan, permit kaki lima serta kompaun.

Presiden MPT, Alijus Sipil berkata pihaknya komited memacu pembangunan mapan melalui penyampaian perkhidmatan yang kreatif dan berinovasi bertujuan untuk memudahkan orang awam.

“MPTPay berkonsepkan mesra pengguna dan diharap dapat meningkatkan hasil pengurusan MPT dan mengurangkan tunggakan pembayaran,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran perkhidmatan pembayaran elektronik MPTPay serta MobilityMPT di sini, hari ini.

Beliau berkata selain itu, pihaknya juga akan menyediakan terminal bergerak pembayaran iaitu MobilityMPT iaitu kakitangan MPT akan bergerak ke premis-premis untuk berjumpa sendiri dengan pengguna yang mahu membuat pembayaran berkaitan.

Katanya untuk tujuan ini MPT bekerjasama dengan dua syarikat iaitu Menggaris IT Sdn Bhd dan Mobility One Sdn Bhd yang membangunkan masing-masing perkhidmatan MPTPay dan MobilityPay.

Pada September 2017, MPT telah melaksanakan perkhidmatan bayaran tempat letak kereta melalui aplikasi JomParking yang pertama di Sabah menerusi kerjasama syarikat konsesi Tawau Carpark. – BERNAMA

Tags: aplikasiMajlis Perbandaran Tawau (MPT)
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd