Sample Page Title

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menyokong penuh langkah memperkenalkan inisiatif Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kalangan suri rumah dan ​​bersedia membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjayakan usaha itu.

Inisiatif tersebut dikemukakan oleh KPWKM yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dasar itu juga selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan tahap keselamatan sosial golongan suri rumah yang bergantung kepada suami bagi menyara hidup.

“Skim ini dijangka bermula tahun ini secara sukarela dan akan melibatkan pemindahan 2.0 peratus daripada caruman sedia ada KWSP suami kepada akaun KWSP suri rumah terbabit.

“Saya percaya skim ini tidak membebankan mana-mana pihak kerana suami tidak mengalami sebarang pengurangan dari segi gaji bersih yang dibawa pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, skim itu juga sebaliknya akan mewujudkan satu hubungan ekonomi lebih saksama antara suami dan isteri yang tidak bekerja selain menguatkan lagi institusi kekeluargaan dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang baharu.

“Pada masa ini, KWSP melaksanakan satu skim simpanan persaraan sukarela khusus bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.


“Tambahan sebanyak 15 peratus daripada semua caruman di bawah skim ini adalah disumbangkan oleh kerajaan kepada semua peserta, tertakluk kepada had RM250 setahun,” katanya.

Malah, pada tahun lepas KWSP mendapati sejumlah RM525 juta telah dicarum oleh 90,599 pencarum skim tersebut yang turut membabitkan penyertaan suri rumah, kata Lim.

“Saya difahamkan KPWKM bersama pihak KWSP akan menyediakan satu memorandum kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini. Dokumen ini akan memperincikan lagi struktur Skim KWSP untuk suri rumah,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...