• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat UMNO Beri Laluan Khairy Jadi Presiden UMNO

oleh
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penyokong UMNO, Rahmat Azim Abdul Azizi yang dikenali Mat UMNO sedia berundur bertanding jawatan Presiden UMNO, memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin.

Lapor Sinar Harian, Mat UMNO yang merupakan penulis blog rela bertindak demikian kerana yakin Khairy layak menduduki jawatan tersebut dan mampu memimpin UMNO.

“Sekiranya pencalonan saya ditolak, saya akan sokong Khairy sepenuhnya. Malah, kalau saya layak sekalipun dan diminta oleh Khairy untuk undur diri, saya akan lakukan.

“Bagi saya, tiada pemimpin lain yang berani bersuara ke hadapan kecuali Khairy. Apabila Khairy bertanding, inilah masanya untuk UMNO berubah dengan membawa suara golongan muda,” katanya hari ini.

Menurut Mat UMNO lagi, dia tidak mengetahui sama ada permohonannya diterima atau tidak kerana tidak menepati kriteria ditetapkan iaitu mesti pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.

Bagaimanapun, keputusan tersebut bakal diketahuinya hari ini.

Ketika ditanya mengapa mahu bertanding jawatan tersebut, Mat UMNO memberitahu mahu memulihkan parti UMNO yang dianggapnya sedang kacau-bilau.

“Sesiapa saja yang hantar borang pencalonan menunjukkan mereka serius untuk bertanding. Saya menawarkan diri sebagai calon Presiden Umno dengan visi untuk memulihkan parti kerana tiada pemimpin yang berani ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, lima lagi calon lain dijangka akan bertanding jawatan tersebut iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah, Rosile Saat, Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: KJMat UMNOPresiden UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan KJ Bertanding Tepati Kehendak Rakyat

Next Post

Cukai 5 Peratus Eksport Minyak Sawit Merugikan

Related Posts

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

29/03/2024
0

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya digunakan pihak lain dalam Pangkalan Data Utama...

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

KJ Pertimbang Tubuh Parti Baharu

05/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu. Ikuti...

Next Post

Cukai 5 Peratus Eksport Minyak Sawit Merugikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd