• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tersepit Antara Arab Saudi Dan Iran

oleh Haris
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tentang kemungkinan Malaysia menarik keluar tentera yang bersiap siaga di Arab Saudi ialah satu cadangan yang drastik.

Malaysia walaupun mengambil pendekatan berkecuali seperti yang ditanamkan sejak kali pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Malaysia sudah menjalin hubungan rapat dengan Arab Saudi.

Di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hubungan semakin baik dan mesra sehingga raja Arab Saudi, Raja Salman menjadikan Malaysia salah satu lokasi lawatan terawal.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membina jambatan merapatkan hubungan kedua-dua Malaysia dengan Arab Saudi sepanjang beliau menyandang tugas Menteri Pertahanan.

Hubungan baik ini membantu dalam proses haji jamaah Malaysia, dan juga pelaburan serta perniagaan Malaysia di Arab Saudi terutama yang berkaitan ibadat haji.

Malaysia sedia maklum apa yang berlaku di Yaman dan telah mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu sensitif tersebut.

Walaupun mengekalkan hubungan baik dengan Arab Saudi, Malaysia mengelak daripada terlibat dengan operasi ketenteraan secara langsung tetapi lebih kepada membantu Yaman.

Malaysia tidak mahu terheret sama dalam konflik antara Syiah dengan Ahlul Sunnah yang berlaku disebabkan tindakan kerajaan Arab Saudi dan sekutu-sekutu Arabnya.

Ini menjadi sebab Malaysia tidak mahu terlibat dalam pakatan ketenteraan yang dipimpin oleh Arab Saudi yang ditubuhkan untuk menangani konflik di Yaman.

Arab Saudi melihat apa yang berlaku di Yaman sebagai satu bentuk ancaman Iran di negara jiran dekatnya, yang sekaligus mengancamnya juga.

Kenyataan-kenyataan pemimpin Arab juga sering menimbulkan isu Iran dan Syiah yang memanaskan lagi hubungan antara mazhab di Asia Barat, yang melimpah hingga ke Asia Tenggara.

Malaysia juga menjaga hubungan dengan Iran walaupun lebih rapat dengan Arab Saudi, dan ini ialah sesuatu yang tidak mudah.

Kenyataan Mohamad Sabu sejak awal memegang jawatan Menteri Pertahanan mengenai pusat untuk melawan keganasan tajaan Arab Saudi di Kuala Lumpur telah menunjukkan yang kerajaan baharu mahu menilai semula hubungan dengan Arab Saudi.

Pendirian terbaru yang disampaikan tentang kehadiran tentera Malaysia di Yaman menguatkan lagi persepsi yang kerajaan Malaysia kini mahu menilai semula hubungan baik dengan Arab Saudi.

Mohamad diketahui mempunyai kecenderungan kepada Iran, dan tidak menghairankan beliau akan mengambil sikap menilai semula hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

Ini sekaligus bermakna Malaysia melakukan apa yang lebih disukai Iran, kerana sebagai pesaing Arab Saudi dalam politik dunia Islam, ia melihat tindakan Malaysia ini boleh mengurangkan pengaruh Arab Saudi terhadap Malaysia.

Bagaimanapun, Arab Saudi dijangka akan memberikan responsnya terhadap tindakan Menteri Pertahanan Malaysia ini, kerana Malaysia ialah sebuah negara rakan yang penting kepada Arab Saudi. – Mynewshub.cc

Tags: Arab SaudiIranMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemain Veteran Dapat Kepercayaan La Celeste

Next Post

Harga Jalur Lebar Dijangka Turun 25% Akhir Tahun

Related Posts

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Next Post

Harga Jalur Lebar Dijangka Turun 25% Akhir Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd