• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbas detik PH mengambil keputusan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Mohamad berkata, kerjasama itu bukan keputusan mudah memandangkan beliau antara individu yang lantang menentang Tun Mahathir sepanjang bekas Perdana Menteri itu menerajui kerajaan selama 22 tahun.

“Saya sendiri antara orang yang paling kuat melawan Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri 22 tahun dahulu. Bukan setahun dua. Berpuluh tahun,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, selepas keputusan bekerjasama dicapai, beliau mengambil pendirian bahawa hubungan berkenaan perlu dihormati dan pertikaian lama termasuk mengenai Operasi Lalang serta tragedi Memali tidak lagi dijadikan bahan serangan di pentas politik.

“Kalau sudah berkawan, kita berkawan sungguh-sungguh. Saya tidak lagi pergi ke pentas mengungkit setiap hari apa Mahathir buat kepada kita dahulu,” katanya.

Mohamad berkata, pendekatan itu akhirnya menyaksikan PH mencipta sejarah pada PRU14 apabila berjaya menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) sejak kemerdekaan.

“Itulah politik. Bukan bermakna sejarah hilang. Tetapi apabila kita membuat satu keputusan bersama, kita jaga keputusan itu,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: Bersama Tun MahathirKenangKerajaan BNkerjasamaMohamad SabuTumbangkan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Betul Ke Sokongan PH Menurun? Sambutan Di Melaka Meriah” – Mohamad Sabu

“Betul Ke Sokongan PH Menurun? Sambutan Di Melaka Meriah” – Mohamad Sabu

07/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mempersoalkan dakwaan bahawa sokongan terhadap gabungan itu masih menurun,...

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd