Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Kepala Ke Belakang, Bukan...

BRAZIL – Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan...

Sijil Cuti Sakit Di...

Johor Bahru : Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan penambahbaikan segera supaya...

Kereta Dicat Dengan Perkataan...

KADANG-KADANG kebanyakan dari kita suka memarkir kereta secara sesuka-hati tanpa memikirkan perasaan pengguna...

Pemain Bola Pembunuh Kejam...

PEMAIN bola sepak Brazil yang telah dipenjarakan kerana mengarahkan pembunuhan teman wanitanya dan...

MAIPs Tubuh Jawatankuasa Khas Semak Status Mualaf

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bertanggungjawab menyemak status mualaf atau saudara baharu bagi membantu mereka menjalani kehidupan sebagai penganut Islam yang baik.

Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah jawatankuasa itu antara lain akan mengenal pasti keperluan mualaf dari aspek ekonomi dan juga penghayatan agama.

“Kita menyedari ada mualaf disisihkan anggota keluarga mereka dan menghadapi kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian dan sebab itu MAIPs mengambil langkah proaktif,” titah baginda ketika merasmikan program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri MAIPs Kepada Asnaf Mualaf Perlis 2018 di Masjid Al-A’la Bohor Temak di sini, petang semalam.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat sama pada majlis itu.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah keputusan penubuhan jawatankuasa khas itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 6 Ogos tahun lepas.

Menurut baginda lagi status mualaf sebagai saudara baharu ditentukan dalam tempoh lima tahun selepas mereka memeluk Islam.


Selain itu, golongan asnaf mualaf akan terus dibela melalui penganjuran kelas pengajian agama, membina Bazar Asnaf serta menyediakan peruntukan khas pentadbiran dan pengurusan kepada Perkim Perlis, titah baginda.

Seramai 700 mualaf yang hadir pada program itu diberi sumbangan sebanyak RM200 seorang yang berjumlah RM140,000. – BERNAMA

Kategori