• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

oleh AK-47
02/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) amat dialu-alukan kerana selama ini dana zakat perniagaan yang disalurkan oleh Kumpulan FGV kepada MAIPs telah memberi sumbangan yang penuh bermakna secara khususnya terhadap kemakmuran dan ekonomi negeri Perlis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebagai sebuah organisasi yang telah lama berkecimpung di dalam industri perladangan berteraskan sawit, baginda menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa FGV bukan sahaja mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi, malah membantu dalam pemerkasaan sistem makanan negara melalui projek pertanian bersepadu.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Strategi kepelbagaian perniagaan oleh FGV termasuk pembangunan FGV Chuping Agro Valley, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi sumbangan bermakna kepada rakyat dan negara melalui penyediaan peluang pekerjaan untuk rakyat negeri Perlis.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Mohd Nazrul Izam Mansor di Istana Perlis Kuala Lumpur tengahari tadi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Strategi Kumpulan FGV Salman Ghazali dan Ketua Pertanian Bersepadu FGV Abdul Razak Aya serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Di majlis tersebut Mohd Nazrul Izam turut mempersembahkan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs sumbangan zakat perniagaan FGV berjumlah RM221,628 dan juga RM50,000 lagi untuk Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Batu 5 Jalan Kuala Perlis melalui MAIPs.

Dalam pertemuan tersebut Tuanku Raja Muda turut dimaklumkan taklinat perkembangan terkini mengenai kerjasama FGV dan Baladna dari Qatar bagi melaksanakan projek ladang tenusu di Chuping Perlis, selain inisiatif FGV sendiri dalam rancangan FGV Chuping Agro Valley (FCAV) yang telah dimulakan dengan penanaman Nenas MD2, pisang dan jagung, serta tanaman harumanis dan padi wangi yang boleh melibatkan kerjasama menang-menang antara FGV dan MAIPs terutama sekali dalam aspek peluang pekerjaan dan juga perniagaan bagi golongan asnaf negeri ini yang berminat.

-Utusan Online

Tags: FGVkerjasamaMaipsRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Jawab Tuduhan BN Tukar Undi Dengan Mykad Untuk PATI

Next Post

Lelaki Parah Ditetak Dalam Rusuhan

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

PH Terbuka Bincang Kerjasama Dengan BN

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Pakatan Harpan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha mendepani landskap politik akan datang....

Petronas Beri Kerjasama Berhubung Siasatan SPRM

Petronas Beri Kerjasama Berhubung Siasatan SPRM

27/05/2023
0

PETALING JAYA : Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan fail siasatan...

Next Post
Lelaki Parah Ditetak Dalam Rusuhan

Lelaki Parah Ditetak Dalam Rusuhan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd