• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Kemuka Representasi Tarik Balik Pertuduhan TH

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang didakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Peguam Nik Zarith Nik Moustpha, yang mewakili Mohd Rafizi berkata pihaknya akan menghantar representasi itu secepat mungkin bagi memohon pertimbangan daripada AGC supaya mengkaji semula pertuduhan sekali gus menarik balik pertuduhan terhadap anak guamnya.

Nik Zarith memaklumkan perkara itu ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan.

Mahkamah juga menetapkan 30 Julai untuk pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis masing-masing dan 28 Ogos ditetapkan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan tiga saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu yang bermula 4 Jan 2018.

Mohd Rafizi, yang juga bekas Anggota Parlimen Pandan didakwa menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015’ dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada 9 pagi, 18 Februari 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Rafizi RamliTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd