Sample Page Title

LIVERPOOL berdepan kesulitan dalam memuktamadkan perjanjian bernilai £53 juta (RM283 juta) bagi mendapatkan pemain Lyon, Nabil Fekir pada musim panas ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi sasaran utama Jurgen Klopp untuk jendela perpindahan kerana beliau percaya Fekir akan menjadi pengganti jangka panjang yang ideal untuk Philippe Coutinho.

Pengurus Liverpool itu mahu kesepakatan tersebut dimuktamadkan sebelum Piala Dunia.

Ia turut diharapkan oleh jurulatih skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, yang mana pasukannya akan berdepan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Lyon dilihat mengambil pendirian yang sukar, apabila presiden kelab itu, Jean Michel Aulas menunjukkan tanda-tanda tiada perkembangan terhadap perjanjian ke atas pemain itu.

“Kami belum menetapkan harga asas kerana kami belum membincangkannya,” ujar Aulas. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...