• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

oleh Mohd Arshad
11/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara itu.

Pasukan bola sepak Russia telah dihalang daripada menyertai kejohanan besar antarabangsa termasuk Piala Dunia sejak empat tahun lalu.

Atlet dari negara tersebut juga disekat daripada banyak acara sukan dunia dengan mesej sukan FIFA konon perang ada harga perlu dibayar.

Namun apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ganas terhadap Iran dan rakyatnya, reaksi FIFA tidak lagi segarang sebelumnya.

Tiada penggantungan besar, tiada larangan daripada kejohanan antarabangsa dan tiada tindakan drastik seperti yang dikenakan terhadap Russia.

Jika Russia dihukum oleh FIFA kerana perang, mengapa AS dan Israel serta negara sekutunya yang menyokong tidak patut menerima nasib sama?

Jika perang dijadikan alasan FIFA untuk menghukum Russia, maka logik yang sama sepatutnya terpakai kepada semua.

Dunia sukan bercakap tentang keamanan dan keadilan, tetapi dilihat mengamalkan standard ‘pilih bulu’ di pentas global.

Ironinya, Presiden FIFA, Gianni Infantino yang juga idola dan rakan karib Erick Thohir di Indonesia pernah terlibat dalam acara bersama Presiden Donald Trump.

Infantino malah mencuri perhatian apabila muncul dengan memakai topi merah tertera tulisan ‘USA’ pada acara tersebut.

Sedangkan Piagam Olimpik menetapkan setiap ahlinya perlu bertindak secara bebas daripada kepentingan komersial, politik serta pertimbangan kaum atau agama.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan berhubung potensi implikasi politik yang bercanggah dengan status IOC serta FIFA itu sendiri. – MYNEWSHUB

Tags: FIFAPiala DuniaRusia
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerima aduan rasmi yang mendakwa Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino...

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

05/07/2026
0

Oleh Mynewshub  TORONTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencuri perhatian dunia selepas rakaman televisyen memaparkan beliau dipercayai menyebut perkataan "Bismillah"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd