• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Anggap Minta Nasihat Mahathir Nampak Lemah

oleh Haris
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta nasihat daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya beliau memangku jawatan presiden UMNO.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu secara tidak langsung menempelak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan pertemuan dengan Mahathir pada 6 Jun lalu.

Zahid juga akan menjadi pesaing Tengku Razaleigh sekiranya beliau mengambil keputusan untuk bertanding jawatan presiden parti pada pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Tengku Razaleigh enggan memberi komen secara langsung mengenai kunjungan Zahid itu, namun menegaskan bahawa UMNO akan dipandang sebagai lemah sekiranya pemimpin mereka meminta nasihat dari parti lawan.

“Mengapa saya (perlu pergi dan berjumpa dengan Mahathir)? Saya mengetuai parti yang berlainan dan saya tahu beliau tidak menyokong (UMNO), beliau telah meninggalkan UMNO untuk bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“Kamu boleh rumuskan sendiri, kenapa perlu saya pergi dan merayu kepadanya,” katanya memetik portal Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamannya rumahnya di Jalan Langgak Golf, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir menjelaskan bahawa Zahid telah meminta nasihat daripadanya mengenai cara-cara mentadbir parti keramat tersebut sewaktu pertemuan mereka.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh juga menyifatkan Mahathir masih seorang individu yang sama namun hanya menukar baju.

Jelas Tengku Razaleigh, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa Mahathir telah berubah dan menjadi seorang perdana menteri yang menyokong pembaharuan.

Beliau berkata, ini dapat dilihat melalui pemilihan ahli kabinet kerajaan yang dipenuhi dengan pemimpin dari parti kelolaan Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Dia (Mahathir) macam itu 23 tahun lalu, dia macam itu 22 tahun lalu. Saya fikir dia masih macam itu sekarang.

“Dia bukan lagi diktator? Tengok pada barisan pimpinan. Sebuah parti yang hanya lahir beberapa tahun lalu, menerajui kerajaan di Kedah, Perak, Johor dan negeri lain. Dan tengok berapa kerusi yang mereka ada.

“Dia masih orang sama, tapi dia dah buang baju lama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh juga memberi bayangan bahawa beliau bersedia untuk bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan parti.

Ujarnya beliau tidak akan menolak sekiranya diberi amanah menjawat jawatan itu namun masih berteka-teki mengenai keputusan akhirnya yang perlu dibuat sebelum 17 Jun.

“Jika kepemimpinan parti mahu saya menjadi Ketua Pembangkang, saya akan terima,” ujarnya ringkas.

Bagaimanapun, Ku Li turut mengakui faktor umur menjadi antara punca beliau bukanlah orang yang sesuai untuk menerajui parti itu.

“Saya berusia 81 tahun, berilah laluan kepada orang yang lebih muda, berkaliber dan mereka perlu ditonjolkan.

“Namun, ada banyak hari lagi untuk saya buat keputusan. Bersabar, saya akan umum bila tiba masanya nanti,” jelasnya.

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTengku Razaleigh HamzahTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd