• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Sahut Cabaran Ku Li, Zahid Belum Beri Kata Putus

oleh Haris
22/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NADA berbeza dilontarkan dua calon yang bertanding jawatan Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai cabaran Tengku Razaleigh untuk calon jawatan itu berdebat.

Khairy yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO mengalu-alukan cadangan Tengku Razaleigh itu apabila mengakui bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, Khairy berkata persiapan lengkap mengenai perdebatan itu itu perlu dijalankan terlebih dahulu.

Ini termasuklah perbincangan mengenai perjalanan debat yang akan dilangsungkan serta mengenal pasti individu yang sesuai untuk menjadi moderator.

Khairy Jamaluddin

Ahli Parlimen Rembau itu juga sedia membuat pengisytiharan harta sebagai langkah menunjukkan ketelusan calon bagi merebut jawatan Presiden UMNO.

 “Ok, sudah tentu, ada yang kata tak perlu debat sebab ini pemilihan dalam keluarga (UMNO), tapi kenapa tidak?

“Kena bincang siapa yang akan jadi hos dan sebagainya seperti deklarasi (harta) serta membuat persiapan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Khairy berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, ketika ditemu bual Astro Awani, Tengku Razaleigh mencabar Khairy dan Ahmad Zahid untuk berdebat dan mengisytiharkan harta masing-masing.

Tambah Khairy, rakyat juga ingin menyaksikan debat itu menjadi kenyataan dan dalam masa sama akan menunjukkan kekuatan demokrasi parti dan politik negara.

“Calon diuji dan diukur melalui pemikiran, idea serta kesungguhan melalui visi yang jelas kepada rakyat.

“Mesej saya juga jelas iaitu untuk menguatkan UMNO supaya diterima oleh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Sementara itu, Ahmad Zahid pula dilihat lebih berhati-hati apabila enggan memberikan kata putus mengenai perkara itu ketika ditemui media di Temerloh, Pahang, siang tadi.

Beliau yang merupakan pemangku Presiden UMNO sebaliknya hanya menyatakan itu adalah sekadar cadangan Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li semata-mata.

Jelas Ahmad Zahid, perkara yang perlu ditekankan dalam pemilihan kali ini adalah supaya semua perwakilan dapat memilih calon terbaik.

“Tidak apalah, itu cadangan daripada dia (Ku Li). Yang kita berikan penekanan, pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKhairy JamaluddinTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd