• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan SST Ke Atas Harga Grab Agak Minimum

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab Malaysia tidak menjangkakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa pada 1 September depan memberi kesan ketara ke atas harganya.

SST akan menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun, Ketua Negara Sean Goh berkata syarikat itu akan terus mengawasi keadaan bagi mengimbangi kesan cukai ke atas penumpang dan pemandu.

“Kami belum ada butiran tentang impak (SST) lagi.

“Buat masa sekarang, kami tidak rasa harga akan berubah. Apa yang kami cuba buat ialah menggantikan sebahagian besar kos dalam sistem, sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan Media Prima Digital Sdn. Bhd. bagi melancarkan Platform Media Dalam Kereta Grab.

Syarikat itu juga secara aktif akan mencari cara untuk membantu pemandu mendapatkan lebih banyak keuntungan, seperti melalui pendapatan sampingan, tanpa menaikkan harga perkhidmatannya.

“Kebanyakan pendapatan yang dihasilkan daripada Platform Media Dalam Kereta ini akan disalurkan kepada pemandu kami kerana kami percaya mereka akan lebih produktif jika kami meningkatkan kehidupan mereka.”

Kerjasama itu akan menyaksikan pemasangan Platform Media Dalam Kereta Grab yang pertama di Malaysia, dengan Media Prima Digital menyampaikan pelbagai kandungan pendek yang sesuai untuk tontonan percuma semasa dalam perjalanan.

Pada masa ini, 250 kereta Grab di sekitar Lembah Klang telah dilengkapkan dengan platform media ini dan syarikat e-hailing itu merancang untuk melengkapkan lebih daripada seribu buah kereta menjelang akhir 2018.

Dalam perkembangan berasingan, Goh berkata syarikat itu telah mengadakan dialog yang berterusan dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia sejak penggabungannya dengan Uber pada Mac lepas.

“Bagaimanapun, tidak ada masalah. Sangat sukar untuk benar-benar menjadi anti-kompetitif dalam ekosistem negara ini kerana pesaing terbesar sebenar adalah pemilik kereta.

“Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai kereta dan nisbahnya agak tidak masuk akal,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: GSTSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd