Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan projek pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) pada kos lebih rendah merupakan langkah serta hala tuju yang tepat, kata jurucakap publisiti dan Pengerusi Biro Agama dan Harmoni MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

“Ketepikan soal politik kerana ini adalah langkah baik memandangkan ECRL membawa banyak manfaat kepada neger-negeri Pantai Timur dan usaha itu telah dikaji sejak 1980-an.

“Ini turut menunjukkan bahawa kerajaan mendengar kehendak rakyat dan maklum mengenai kepentingan mereka yang melangkaui politik,” katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu sebuah portal berita bahawa kerajaan PH akan meneruskan ECRL selepas perbincangan semula kosnya dan sejumlah RM20 bilion sudah dibayar.

Anggaran sebelum ini mendakwa ECRL yang disokong China, boleh dilaksanakan pada kos kurang RM40 bilion namun angka itu melonjak RM60 bilion sehingga RM70 bilion.

Mengulas selanjutnya, Ti berkata ECRL merupakan satu keperluan dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik dan membantu pertumbuhan ekonomi yang disifatkan beliau sebagai pemangkin bagi pembangunan ekonomi Pantai Timur.

“Ia merupakan satu projek yang diluluskan selepas menjalankan pelbagai kerja asas, perundingan dan input pakar. Justeru, sebarang tindakan menghentikannya hanyalah satu pembaziran dan tidak adil kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur.

“Jika kerajaan berasakan kos itu terlalu tinggi atau terma ECRL dilihat pelik, maka langkah yang sepatutnya diambil adalah untuk merundingkan semula harga dan termanya. Projek ini terlalu penting untuk rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

Malah, kata Li, usaha rundingan semula kontrak adalah satu proses yang lazim.

“Sama juga seperti pembinaan rumah yang menelan kos terlalu tinggi atau jika kontraktor tidak serasi dengan pemilik…namun adakah anda akan menghentikan pembinaan, meruntuhkan rumah atau berunding semula sehingga mencapai satu kata sepakat?


“Jika ada masalah, kerajaan perlu menyelesaikannya daripada bertindak melulu membatalkan projek dan perlu membayar penalti tinggi selain memudaratkan peluang ekonomi yang boleh dijana rakyat Pantai Timur daripada projek tersebut,” katanya.

Menurut Ti, sekiranya kerajaan berasakan wujud unsur rasuah dalam projek itu, sudah sewajarnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan.

‘Biarlah SPRM menyiasat perkara ini secara terperinci supaya semua pihak berpuas hati. ECRL tidak harus dicemari dengan sebarang perbuatan rasuah.

“Kita perlu ingat, pengangkutan awam di Malaysia masih kurang berkembang lebih-lebih lagi di Pantai Timur kerana kebanyakan projek infrastruktur negara bertumpu di negeri-negeri Pantai Barat.

“Lebuh raya utama negara tidak melibatkan Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan terletak di tengah-tengah bahagian Semenanjung itu,” katanya.

Ti juga optimis ECRL akan mengurangkan jurang pendapatan antara pantai Barat dan Timur.

“ECRL akan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Projek itu juga dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya ketika musim perayaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada 2024...

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis...

Hukuman Penjara Farid Kamil Diketepikan

Putrajaya : Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan...

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...