• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan PH Bukti Rakyat Mampu Tolak Rasuah

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 membuktikan rakyat mampu menolak sogokan dan rasuah yang ditawarkan kerajaan terdahulu bagi mendapatkan undi.

Katanya tindakan itu didorong rasa tanggungjawab rakyat terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

“Sebab itu ramai rakyat dari semua peringkat telah tolak parti yang umpan mereka dengan sogokan sebaliknya mereka beri sokongan kepada sebuah parti yang miskin dan tidak dapat hulur wang dan macam-macam lagi sogokan.

“Rakyat memberi sokongan kuat sehingga terjatuhnya sebuah kerajaan yang memerintah negara selama 61 tahun kerana sikap mereka (kerajaan terdahulu) yang bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada parti yang tamak untuk kumpul kekayaan sendiri,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir serta barisan pemimpin tertinggi parti komponen PH Kedah.

Dr Mahathir yang menggunakan analogi umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan berkata seperti mana seseorang menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, begitu jugalah tindakan rakyat yang sanggup menahan nafsu daripada menerima rasuah.

“Ini adalah satu kejayaan besar buat kita, kita disuruh untuk tolak nafsu dan ikut apa ditentukan oleh akal fikiran. Akal suruh kita buat kebaikan dan larang buat kejahatan tapi manusia lemah dan kadang-kadang mereka tidak dapat lawan nafsu,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata kerajaan baharu sekarang perlu mengambil iktibar daripada kegagalan Barisan Nasional (BN) yang selama ini angkuh dan enggan menerima teguran dan nasihat daripada pembangkang.

“Kita selalu tegur bahawa BN ini terlibat secara besar-besaran dengan sogokan dan rasuah, tapi sekarang kita sudah menang dan kita tidak harus ikut jejak langkah mereka, jangan jadi tamak sehingga sekali lagi rakyat akan bangkit jatuhkan kita pula, inilah janji kita dahulu dan ia mesti ditunaikan,”

Beliau turut mengajak rakyat agar terus berpegang pada prinsip menolak rasuah dan bersama-sama membantu mewujudkan sebuah negara yang maju dan berdaya saing.

“Seperti mana rakyat sokong PH begitu juga kita harap rakyat akan berpegang teguh pada perjuangan mereka bagi menjadikan negara dipandang tinggi dan dihormati masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd