• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut 1MDB Kerana Kegagalan Pucuk Pimpinan

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlaku kerana kegagalan pucuk pimpinannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata walaupun terdapat peraturan, mekanisme tadbir urus dan sistem pelaporan, namun ia gagal sama seperti krisis lain yang berlaku di seluruh dunia berikutan individu di belakangnya tidak memiliki hati yang nurani malah timbul ketamakan.

Beliau menambah individu yang jahat boleh menjadi kreatif dan akan berusaha melaksanakan mekanisme ini.

“Kita mengharapkan para pemimpin kita berbuat baik dan membantu kita untuk mencapai lebih kejayaan. Namun, kita sering melihat keadaan yang sebaliknya berlaku apabila pemimpin telah gagalkan kita.

“Meraka ini adalah pemimpin yang lebih memikirkan keuntungan daripada segala-galanya. Mereka membenarkan kepentingan peribadi mereka untuk mengatasi kepentingan bersama dan mereka menggunakan kekayaan untuk membeli pengaruh,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tanggungjawab Korporat dan Kemapanan ASEAN di sini hari ini.

Sidang kemuncak sehari yang bertemakan ‘Membangunkan Masa Depan Lestari – Cabaran bagi Perbadanan dan Perniagaan’ dihadiri pemimpin perniagaan dan masyarakat sivil untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan bagaimana membina masyarakat yang lebih inklusif dan mampan.

Dr. Wan Azizah berkata pemimpin harus memimpin dengan hati nurani, sentiasa berpandukan moral dan komitmen.

Beliau menegaskan memiliki hati nurani adalah lebih daripada sekadar pengetahuan tentang apa yang betul dan salah, ia juga menjurus kepada kemampuan untuk mengintegrasikan pemikiran moral ke fikiran mereka dan sebelum membuat keputusan.

Tambah beliau, walaupun nilai-nilai berkenaan bersesuaian untuk merealisasikan SDGs yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia tidak seharusnya diperlakukan sama seperti trend lain atau untuk mewujudkan peluang perniagaan untuk kroni dan ahli keluarga.

“Kami memerlukan pemimpin yang memimpin dengan hati nurani, yang benar-benar komited kepada SDGs,” katanya.

Dr. Wan Azizah memberitahu pemberita kesihatan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertambah baik tetapi beliau akan terus menjalani pemeriksaan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menjalani ujian dan penilaian kesihatan.

“Sejak keluar dari penjara dan hospital, dia tidak pernah berehat. Saya fikir dia perlu berehat,” katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR, dimasukkan ke hospital pada Sabtu lepas berikutan mengalami kesakitan akibat sakit bahu kanan dan bahagian belakang. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd