• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

oleh Mynewshub
25/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa pernah dilalui negara akibat daripada skandal 1MDB.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji, kes FELDA dan peristiwa rakyat terpaksa mengangkat bendera putih untuk mendapatkan bantuan ketika pandemik.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu mendakwa, pelbagai skandal rasuah yang berlaku di bawah kerajaan terdahulu tersebut pernah menyebabkan rakyat Malaysia berasa malu.

“Semua itu menjadi peringatan bahawa kesilapan membuat pilihan politik akhirnya akan ditanggung oleh seluruh rakyat termasuk generasi akan datang,” dakwanya ketika menghadiri ceramah “Pertahankan Harapan” sempena PRN di DUN Lobak malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP yang juga calon DUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook; Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong; dan calon DUN Lobak, Choo Ken Hwa.

Ucapan beliau yang dilaporkan di laman media sosial DAP dalam bahasa Cina tersebut diterjemahkan kepada bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT.

Kor Ming seterusnya mendakwa, negara kini semakin pulih daripada kemerosotan dengan pencapaian memberangsangkan dari segi ekonomi, daya saing antarabangsa dan imej negara sejak Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran.

Dakwa beliau, ia antaranya disebabkan strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkukuh kerjasama dengan pelbagai negara yang menarik kehadiran pemimpin dunia ke Malaysia. – MYNEWSHUB

Tags: 1MDBFeldajangan lupamaluMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor MingPRN Negeri SembilanRakyatTabung HajiTimbalan Pengerusi Kebangsaan DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancaran Manifesto BN: ‘Skim Salam Sejahtera’ Paling Dapat Perhatian

Pelancaran Manifesto BN: ‘Skim Salam Sejahtera’ Paling Dapat Perhatian

25/07/2026
0

SEREMBAN – 'Skim Salam Sejahtera' yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam...

RM163 Juta Dana KWAP Kena Tipu Boleh Beli 10 Juta Nasi Goreng Kambing

RM163 Juta Dana KWAP Kena Tipu Boleh Beli 10 Juta Nasi Goreng Kambing

25/07/2026
0

SEREMBAN – Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun mengkritik kerajaan membazirkan wang rakyat melalui pelbagai projek dan aplikasi digital,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd