Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Penyanyi ‘Jangan Pisahkan’ Meninggal...

PELANTUN lagu Jangan Pisahkan, Deddy Dores meninggal dunia pada usia 65 tahuun, malam...

Fazura Dilamar Berlakon Filem...

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki pujaannya, rezeki pelakon cantik manis Nur...

Upacara Pengebumian Raja Bhumibol...

BANGKOK - Upacara pengebumian mendiang Raja Bhumibol Adulyadej bermula hari ini dengan lebih...

Tindakan Tegas Pelatih Sertai...

MARAN - Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas terhadap pelatih atau kakitangan...

Kaji Semula Perumahan B40 Highland Towers

CADANGAN untuk membina projek perumahan bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di tapak kondominium Highland Towers perlu diperhalusi semula oleh kerajaan.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mencadangkan membangunkan tapak kondominium Highland Towers perlu mengambil faktor-faktor keselamatan supaya insiden pahit yang berlaku tidak berulang semula.

Tan Sri Lee Lam Thye
Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau menambah, kerajaan perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pakar berkaitan kajian tanah tersebut jika benar-benar perancangan ini mahu diteruskan.

“Cadangan kementerian ini sangat baik namun kita perlu memastikan aspek keselamatan penduduk di kawasan yang ingin dibangunkan terjamin.

“Kementerian berkenaan juga perlu mengadakan rundingan dengan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan Highland Towers untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan di sana,” katanya pada akhbar tempatan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Niosh 2018 di Ibu Pejabat Niosh, Kuala Lumpur, hari ini.


Terdahulu, Zuraida Kamaruddin mengumumkan perancangan pembinaan projek perumahan bagi golongan B40 di tapak kondominium Highland Towers.

Negara telah dikejutkan dengan peristiwa runtuhan satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang dengan meragut nyawa seramai 48 orang pada 11 Disember 1993. – MYNEWSHUB.CC

Kategori