• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Tampil Di Layar Berucap Kepada Perwakilan

oleh AK-47
30/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJUTAN… Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ‘tampil’ secara langsung menerusi rakaman video pada mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu, hari ini.

Beliau, yang bertanding untuk mempertahankan semula jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian tersebut, dilihat memberi ucapan dan kata-kata aluan lebih lima minit kepada perwakilan.

Tayangan rakaman video ucapan tersebut dipancarkan menerusi dua papan layar di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar Selangor.

Dalam video berdurasi lima minit 35 saat itu, Jamal yang mengenakan baju Melayu biru dan bersampin serta bersongkok hitam berucap dengan berlatar belakang tirai berwarna kuning keputih-putihan.

Katanya, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menjadi detik pahit buat parti itu termasuk dirinya yang kini menjadi buruan polis.

“Sehingga hari ini, saya belum pulang ke rumah kerana masih diburu dan untuk sambutan Aidilfitri juga, saya tidak dapat pulang beraya bersama keluarga serta tidak berkesempatan bersalaman dengan ibu seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Jamal berkata, beliau tidak menyesal terhadap apa yang berlaku tetapi sebaliknya menganggap ia adalah perjuangan yang harus diteruskan untuk masa depan.

“Rakyat perlu sedar kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan pada hari ini adalah kemenangan tipu belaka.

“Mana janji mereka (PH) mahu turunkan harga minyak kepada RM1.50 serta tol di seluruh negara diberi percuma?

“Mereka berjanji kononnya harga barang keperluan akan diturunkan jika menang sehingga rakyat terpengaruh dan memilih PH pada PRU14 lalu,” katanya.

Beliau berkata, UMNO perlu melakukan sesuatu supaya kembali berkuasa dan menjadi pilihan pengundi dalam menentukan masa depan negara.

“Walaupun perjalanan PRU15 masih jauh, UMNO perlu menyedarkan pengundi dan rakyat bahawa hanya parti ini yang terbaik dalam memerintah dan mengurus tadbir negara ini,” katanya. – BH Online

Tags: Jamal YunosRakaman Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ella Nasihat Haqiem Jangan Fikir Cakap Orang

Next Post

Cadangan Bawa Gajet Ke Sekolah Dikaji Semula

Related Posts

Waspada Bahaya COVID-19, Jerebu Raya Ini – Pakar kesihatan

Polis Siasat Video Martabak Perisa ‘Air Ludah’

21/04/2023
0

LABUAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki seakan-akan meludah ke atas adunan martabak yang sedang...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

Next Post

Cadangan Bawa Gajet Ke Sekolah Dikaji Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd