Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda Dikhuatiri Lemas Selepas...

KEMAMAN - Seorang pemuda berumur 20-an dikhuatiri lemas selepas cuba melarikan diri dengan...

2 Atlet Para Negara...

JAKARTA – Dua atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif...

Tony Tak Mahu MAS,...

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes hari ini menolak...

Sarawak Setuju Pinda Ordinan...

KUCHING – Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak...

Isu Bahasa Melayu Peluang UMNO Tebus Kesilapan

KESILAPAN dan kelemahan dalam mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu oleh UMNO sepanjang memerintah sebelum ini boleh ditebus dengan berperanan lebih agresif dalam memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi dan mempertahankan dan menggalakkannya dalam kenyataan susulan telah mencetuskan kemarahan ramai.

Kalangan pencinta dan pejuang bahasa telah bangkit dan bersuara menentang tindakan yang mencabar kedudukan istimewa Melayu yang telah tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dan dipersetujui dalam kontrak sosial sebelum itu.

UMNO mesti bangkit membela bahasa Melayu, bahasa yang berperana sebagai penyatu rakyat berbilang kaum di negara kita.

Kedudukan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mesti ditegaskan dan dihormati, tanpa sebarang usaha menafikannya dengan alasan kononnya untuk tujuan praktikal.

Beban untuk memenangi undi bukan Melayu sudah terangkat dari bahu UMNO selepas kalah dalam pilihan raya yang lalu.

Di bawah ini catatan di Facebook milik Dr. Saleeh Rahamad, pensyarah di Universiti Malaya yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional (Pena) mengenai kesilapan dilakukan UMNO menangani isu bahasa semasa memegang tampuk pemerintahan.

“Amat bagus pemimpin UMNO membela bahasa Melayu sekarang dalam isu LGE, Kulasegaran dan menteri lain yang meminggirkan bahasa Melayu. Tetapi amat malang apabila mereka berdiam apabila isu PPSMI dan DLP serta UEC hangat membakar dada dahulu.

“Hanya segelintir kecil orang UMNO yang bersuara dahulu. Selebihnya diam, hatta dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tinggallah persatuan nasionalis Melayu terkial-kial berkias dan bertempik ketika itu dalam keadaan mereka sentiasa dianggap pengacau.

“Menteri Pendidikan yang lepas juga enggan menemui persatuan Melayu untuk mendengar suara Melayu tetapi mereka sangat ramah dan lemah apabila menerima kunjungan Dong Zhong.

“Masih jelas di mata dan di ingatan bagaimana Mahdzir Khalid mengiringi pemimpin parti MCA dan Gerakan yang membawa suara Dong Zhong menemui Gapena untuk memujuk Gapena menerima pandangan Dong Zhong bagi mengiktiraf UEC.

“Pertemuan tertutup di Hotel mewah itu (Ritz Carlton) seperti satu perangkap. Tetapi ketegasan Gapena tidak lebur. Saya kata kepada kumpulan kami, kita jangan menunggu mereka di bilik pertemuan walaupun kami datang awal, sebaliknya kami menunggu di lobi sehingga mereka tiba.


“Saya kata, kita jangan makan hidangan mereka untuk tidak dilemahkan oleh makanan. Balik nanti kita cari kedai makan. Semasa mahu pulang Menteri Pendidikan menjanjikan satu pertemuan akan diadakan dengan Gapena di pejabatnya. Sampai sekarang pertemuan itu tidak pernah berlaku. Dia dengan angkuh melupakan kami.

“Bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan Kebangsaan sentiasa diganggu, termasuk oleh pemimpin parti Melayu.

“Ketika kami bertemu dengan TS Annuar Musa di PWTC tentang isu bahasa, dengan rasa tidak bersalah dia mengatakan tidak tahu tentang isu DLP. Ketika itu dia mahu bermain politik dengan kumpulan kami.

“Tapi yang lekat di hati kami ialah gambaran imej pemimpin Melayu yang lemah kerana mahu menerima UEC sebagai sijil yang setara dengan SPM demi menarik pengundi Cina. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

“Tak payahlah bercadang untuk memegang tampuk parti UMNO. Pemilihan UMNO yang sedang berlangsung sekarang perlu meletakkan prinsip perjuangan yang betul, bukan hanya untuk kuasa yang akan membunuh bangsa sendiri.

“TS Zahid nampaknya ada hati untuk menemui persatuan dan mendengar pandangan.

“Semoga pemimpin UMNO bertaubat dan ikhlas membela kedaulatan Bahasa Melayu. Jagalah negara ini dengan baik.

“Jangan perleceh dan perlekeh bahasa Melayu, walau siapa pun.” – Mynewshub.cc

Kategori