• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Penggal KM, Melcat Untuk Melaka Lebih Cekap

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Berpaksi slogan ‘Melaka Berwibawa’ dengan tagline Pintar, Hijau, Bersih, Ketua Menteri, Adly Zahari fokus melaksanakan tadbir urus cekap dalam usaha memastikan kerajaan negeri Melaka melaksana tanggungjawabnya dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata dalam merealisasikan hasrat itu, dua inisiatif permulaan akan dilaksanakan iaitu mengehadkan tempoh perjawatan ketua menteri Melaka kepada dua penggal dan menubuhkan Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat).

Katanya dua inisiatif itu tidak dilaksanakan kerajaan terdahulu dan pihaknya percaya inisiatif itu akan membuka ruang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan kerajaan negeri menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Kita meletakkan asas masa bagi jawatan ketua menteri agar beliau dapat mengguna sepenuhnya potensi masa yang ada dengan semaksimum mungkin kerana beliau tahu jalan keluarnya selepas itu, seterusnya ini membolehkan beliau menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Seorang ketua menteri perlu menyelesaikan tugasnya dalam tempoh tertentu, jadi beliau perlu mengguna sebaik mungkin masa 24 jam sehari, sebulan dan setahun bagi merangka apa yang perlu dilakukannya dalam masa dua penggal,” katanya kepada Bernama.

Adly berkata Melcat pula akan memainkan peranan menilai tadbir urus secara terperinci terhadap semua aspek melibatkan kerajaan negeri serta mekanisme berkaitan termasuk keberkesanan ketua menteri, Exco kerajaan negeri dan pegawai jabatan juga agensi kerajaan.

“Semua laporan awam dan kritikan awam boleh dibawa kepada perbincangan di peringkat jawatankuasa ini, maknanya mereka boleh membuat pendengaran awam kepada isu berkaitan. Penubuhan jawatankuasa telah diumumkan kerajaan negeri dan perkara itu akan dibincangkan seterusnya dalam mesyuarat peringkat negeri,” katanya.

Katanya cadangan penubuhan Melcat itu akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan dan akan dipengerusikan oleh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri yang boleh memanggil pendengaran awam bagi menyiasat sesuatu isu berbangkit.

Sementara itu ditanya tentang langkah kerajaan negeri untuk mengurus kewangan, Adly berkata secara asasnya kerajaan negeri harus mempunyai bajet lebihan bagi memastikan pengurusan kewangan seimbang dan berkesan.

“Kita baru dua minggu dapat melihat keseluruhan kedudukan kewangan, kita masih dalam proses menilai kaedah perbelanjaan. Sudah 10 tahun sebelum ini kerajaan negeri menghadapi masalah defisit berbelanja, jadi hasrat kita mahu berbelanja tidak lebih daripada pendapatan itu kiraan mudahnya.

“Cara awal untuk kita capai ini ialah kita akan melihat kaedah penjimatan yang perlu kita lakukan. Contohnya kerajaan terdahulu membelanjakan RM3.3 juta untuk sambutan Hari Raya peringkat negeri, namun kita hanya akan belanja RM1.6 juta,” katanya.

Mengulas tentang mekanisme mengurangkan hutang kerajaan negeri berjumlah RM845 juta, Adly berkata penstrukturan semula jabatan serta agensi kerajaan negeri akan mengurangkan belanja pengurusan yang mencecah sekitar 60 hingga 70 peratus daripada bajet tahunan negeri.

“Kita kemaskan pengurusan sekarang, ada agensi kerajaan dimansuhkan, bila ini distruktur semula, ini akan mengurangkan belanja pengurusan, kita juga lihat emolumen, gaji, kontrak terutama pegawai peringkat tinggi. Selain itu kita juga akan lihat keberkesanan belanja pembangunan sekitar 30 hingga 70 peratus (daripada bajet tahunan),” katanya.

Beliau berkata selain itu manifesto Pakatan Harapan yang akan memulangkan 10 peratus daripada bayaran cukai tahunan kepada kerajaan negeri akan memberi impak yang amat besar kerana Melaka membayar sekitar RM5 bilion cukai setahun kepada kerajaan persekutuan.

“Kalau 10 peratus itu diguna pakai, Melaka akan dapat RM500 juta setahun dan jika dikira secara terus dua tahun sudah lebih daripada cukup bayar hutang itu. Tetapi kita faham keadaan ekonomi kerajaan persekutuan sekarang dan akan berbincang sebaiknya,” katanya.

Adly berkata sekiranya kerajaan persekutuan tidak dapat membayar jumlah itu secara tunai, kerajaan negeri berharap jumlah itu dapat ditolak daripada jumlah hutang kerajaan negeri dan perbincangan akan dilakukan bagi memperoleh situasi menang-menang untuk semua pihak. – BERNAMA

Tags: Adly Zahari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pensyarah Rugi RM260,000 Ditipu ‘Macau Scam’

Next Post

2 Maut, 2 Hilang, Pesawat Terhempas Di AS

Related Posts

Ketua Menteri Melaka Ditamatkan Perkhidmatan

03/03/2020
0

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan sejak 4 petang semalam. Adly...

Adly Enggan Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Melaka

03/03/2020
0

AYER KEROH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan...

Next Post

2 Maut, 2 Hilang, Pesawat Terhempas Di AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd