• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Rugi RM260,000 Ditipu ‘Macau Scam’

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pensyarah wanita sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian RM260,000 dalam satu penipuan komunikasi atau ‘Macau Scam’ bulan lepas.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata wanita berumur 48 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor 68886 mengatakan kad kredit CIMB mangsa telah digunakan di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru pada pagi 21 Mei sedangkan mangsa tidak pernah menggunakan kad kredit pada hari itu.

“Mangsa telah menghubungi talian 1-800-81-7399 seperti yang terdapat dalam SMS berkenaan dan seorang staf (suspek) yang menjawab memperkenalkan diri sebagai Pegawai Bank CIMB dan menyatakan kepada mangsa bahawa suspek akan menyekat akaun bank mangsa (susulan penggunaan kad kredit mangsa oleh orang lain).

“Suspek kemudiannya memberikan nombor telefon (03-92121402) kepada mangsa untuk bercakap dengan Pegawai Penyiasat Bank Negara Malaysia (BNM). Seterusnya mangsa menghubungi Pegawai Penyiasat BNM berkenaan yang telah mengarahkan mangsa pergi ke Maybank Alam Mesra, Kota Kinabalu untuk proses membekukan akaun milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chandra, suspek yang menyamar sebagai pegawai penyiasat BNM itu telah mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang ke empat jenis akaun suspek yang berbeza dengan melibatkan sembilan transaksi dalam tempoh lapan hari berturut-turut bermula 21 hingga 28 Mei berjumlah RM260,000 bagi memperdayakan mangsa untuk proses membekukan akaun mangsa.

Bagaimanapun, mangsa telah menyedari berlaku penipuan setelah suspek tidak dapat dihubungi, katanya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sindiket ‘Macau Scam’ agar tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket ini,” katanya.

Chandra turut meminta orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan daripada sindiket tersebut dan juga boleh memanjangkan sebarang maklumat berkaitan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, yang beroperasi selama 24 jam, dengan mengubungi talian 088-221191 dan 318843. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd