Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

“Bukan Tidak Lagi Minat...

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari akui dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon walaupun...

Ratu Dadah Terperangkap Di...

KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah wanita yang mendapat jolokan Ratu Dadah Malaysia diberkas polis...

10 Makanan Yang Boleh...

SETIAP kanak-kanak yang membesar pasti sudah banyak kali dinasihatkan untuk makan buah-buahan dan...

Allahyarham Nik Aziz Tokoh...

BAU - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik...

2 Maut, 2 Hilang, Pesawat Terhempas Di AS

WASHINGTON (AFP) – Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di luar perairan Long Island, Amerika Syarikat (AS), menyebabkan dua maut manakala dua lagi dilaporkan hilang.

Pengawal Pantai AS dalam satu kenyataan semalam berkata, pesawat jenis Piper PA-31 Navajo itu ‘terhempas kira-kira 1.6 kilometer di luar perairan Indian Wells Beach, Long Island’ bersama empat penumpang di dalamnya.

Katanya, dua mayat sudah ditemui manakala ‘aset di tempat kejadian sedang mencari dua lagi penumpang yang hilang.’

“Ucapan takziah kami kepada keluarga dan insan tersayang dua individu yang ditemui itu,” kata Kapten Pengawal Pantai, Kevin Reed dalam satu kenyataan.

Pengawal Pantai berkata, kakitangannya serta Pengawal Udara Kebangsaan, polis dan kapal nelayan tempatan mengambil bahagian dalam usaha mencari mangsa yang masih hilang.


Ia bagaimanapun tidak menjelaskan punca nahas. – Berita Harian

Kategori