• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Rugi Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Sebulan

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang guru wanita kerugian lebih RM100,000 dalam tempoh sebulan lebih selepas diperdaya oleh sebuah koperasi pinjaman peribadi tidak wujud, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 43 tahun itu mendakwa telah melakukan transaksi wang bermula 3 Mei hingga 9 Jun, yang dikatakan sebagai caj proses mendapatkan pinjaman.

Katanya mangsa yang berasal dari Pekan itu berhasrat mendapatkan pinjaman sebanyak RM20,000 yang ditawarkan koperasi berkenaan, dengan bayaran balik RM433.33 selama lima tahun.

“Mangsa mengetahui mengenai koperasi itu selepas membaca iklan mengenainya di Facebook pada pertengahan April lalu dan meninggalkan nombor telefonnya di ruangan komen.

“Suspek menghubungi mangsa pada 30 April untuk menawarkan pinjaman dan mangsa bersetuju untuk memasukkan RM540 sebagai bayaran proses.

“Jumlah caj proses itu akhirnya meningkat kepada RM108,380 yang dimasukkan ke dalam pelbagai akaun bank sehingga beliau berasa curiga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa yang berasa ditipu kemudiannya menghubungi Telelink Bank Negara Malaysia (BNM) yang menasihatkannya membuat laporan polis.

Beliau menambah mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: GuruPinjaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd