• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Umat Islam Sambut Aidilfitri Dengan Berhemah

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menggesa umat Islam di negeri ini menyambut Syawal dengan cara berhemah dan sederhana.

Titah baginda, walaupun umat Islam disunatkan untuk berhias dan bergembira pada Hari Raya tetapi ia bukan bermakna mereka boleh berlebih-lebihan dalam menyambutnya dan melampaui batas kemampuan diri.

“Laksanakan kebaikan itu dalam suasana sewajarnya agar ia tidak mendatangkan kesukaran kepada diri kita sendiri.

“Elakkan diri kita daripada mengikut kehendak hawa nafsu dengan sikap ingin menunjuk-nunjuk sehingga sanggup berhutang kerana perbuatan itu sangat dilarang dalam Islam,” titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri yang diedarkan ke seluruh masjid di Terengganu.

Baginda turut mengingatkan agar umat Islam tidak melupakan saudara seagama yang tidak dapat menyambut perayaan itu ekoran menjalankan tugas untuk kepentingan orang ramai seperti doktor, jururawat, anggota polis, tentera dan sebagainya.

Baginda juga menyeru seluruh rakyat agar mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan umat Islam yang terlantar sakit di hospital atau di rumah orang-orang tua agar mereka juga diberi kesembuhan untuk bersama-sama menyambut Hari Raya dengan keluarga Syawal ini. – BERNAMA

Tags: Sultan Mizan Zainal Abidinumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya mengelakkan perpecahan dan mengutamakan penyatuan, selain...

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd