• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Berbaik Dengan Azmi, Faye Demi Kebaikan Sefhia

oleh
28/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI masa depan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia, penyanyi Elly Mazlein mahu memanfaatkan kehadiran Syawal kali ini untuk berbaik-baik dengan bekas suaminya, Azmi Hata dan isteri, Faye Kusairi.

Malah memetik sumber, Elly menerusi sebuah entri yang dikongsi di Instagram miliknya baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila Azmi dan Faye sempat meluangkan masa berkunjung ke rumahnya untuk menziarahi Sefhia.

“Alhamdulillah, pertemuan yang indah antara dua beranak, Sefhia dan bapanya, Azmi di hari yang indah.

“Tiada yang lebih indah berbanding kebahagiaan si kecil dan semoga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan demi insan yang disayangi,” luah Elly.

Pada masa sama, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Azmi dan Faye atas kunjungan tersebut.

“Terima kasih Azmi dan Faye. Selamat hari raya,” ucapnya ringkas.

Perkongsian itu dilihat menerima reaksi positif daripada rakan-rakan artis serta ribuan pengikutnya yang mahu melihat ketiga-tiga individu terbabit berdamai.

Malah, perkongsian yang menerima lebih 50,000 tanda suka itu turut disambut baik oleh Azmi dan Faye.

Alhamdulillah pertemuan yg indah 2 beranak , Sefhia & daddy @azmi_hata . Tq daddy @azmi_hata & mommy @fayekusairi . Tiada yg indah selain kebahagiaan buat si kecil . Moga kite yg serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan utk nyawa yg kita sayang . Selamat Hari raya 👨‍👩‍👧‍👦 . #BersatuLebihIndah #IniYangKuMahuKan #PerbuatanTiadaMuslihat #AkuInginBahagia #ItuSahajaYangKuMahuKan #DemiAllah . Sefhia cakap, Assalamualaikum buat semua😘😘😘😘

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on Jun 23, 2018 at 11:15pm PDT

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 November 2014 namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi wanita itu sedang sarat mengandung empat bulan.

Kemudian, Azmi berkahwin pula dengan Faye pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Alif Azmi. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi...

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd