• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai 5 Peratus Eksport Minyak Sawit Merugikan

oleh
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUKAI eksport minyak kelapa sawit yang dikenakan kerajaan sebanyak lima peratus memberi kesan pada penurunan eksport komoditi tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan mengenakan cukai lima peratus telah merugikan negara sendiri.

“Khamis lalu, harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari kesembilan berturut-turut di mana harga kini adalah RM2,300 setiap tan.

“Turut dilaporkan, eksport minyak kelapa sawit kita bagi 10 hari pertama bulan Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu. Cukai eksport ini diteruskan pada lima peratus pada bulan Julai dan seterusnya,” kata Najib menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia terus berdaya saing serta kompetitif di pasaran antarabangsa.

“Bagi pihak pekebun kecil di Pekan dan kesemua peneroka di Malaysia, saya menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menggantung cukai eksport ini sehingga penghujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih,” ujar Najib.

Beliau berkata demikian selepas berkesempatan menyambut Syawal di Pekan baru-baru ini dan mendengar luahan peneroka Felda serta pekebun kecil.

Dalam perkembangan lain, Kesatuan Eropah (EU) akan meningkatkan sekatan terhadap import minyak sawit dari Malaysia yang merisaukan kebanyakan pihak.

Manakala China yang pernah melonjak ke tempat kedua dari tempat keempat sebagai pengimport terbesar minyak sawit negara pada tahun lalu dikhuatiri akan mengurangkan pembelian minyak kelapa sawit ekoran perkembangan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kerajaan baharu juga tidak boleh membisu lagi dengan keputusan EU Jumaat lalu untuk mengurangkan dan menghentikan impot minyak kelapa sawit demi menamatkan penggunaan minyak sawit dalam bahan bakar pengangkutan pada 2030.

“Kita perlu membantah langkah mereka ini dan berunding dengan EU serta-merta kerana mereka merupakan destinasi minyak sawit terbesar untuk negara.

“Dalam semangat hari raya ini, usahlah menjadikan isu ini sebagai polemik politik kerana beratus ribu pekebun kecil serta peneroka hidup bergantung pada industri minyak kelapa sawit,” jelas Najib.

Najib menggesa kerajaan Pakatan Harapan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah harga dan permintaan minyak sawit dengan serta-merta. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Kerajaanminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd