• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Akan Terus Beroperasi Sebagai Badan Bebas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus beroperasi sebagai badan bebas mengikut peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Menurut peranan yang ditetapkan dalam undang-undang. Ini adalah kerajaan yang beroperasi di bawah kedaulatan undang-undang. Kami akan menghormati peranan seperti yang digariskan di bawah undang-undang sekarang ” katanya.

Menteri itu berkata demikian apabila ditanya sama ada BNM akan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, memandangkan pengumuman mengenai Gabenor baru itu dibuat olehnya atau akan kekal sebagai badan bebas.

“Saya hanya membuat pengumuman (pelantikan). Pengumuman ini boleh dibuat melalui kenyataan akhbar atau sidang akhbar. Oleh itu, (dengan mengadakan sidang akhbar) kami juga membolehkan semua orang melihat sendiri Gabenor BNM yang baru.

“Pengumuman ini juga dibuat susulan beberapa laporan berita yang lebih awal … .nampaknya banyak ketirisan berlaku jadi itu sebabnya kami buat pengumuman petang ini,” katanya selepas mengumumkan pelantikan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor BNM baharu bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023 di sini, hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan awal bulan ini sebelum menamatkan tempoh lima tahu, selepas pelantikannya pada Mei 2016.

Lim berpendapat pelantikan Nor Shamsiah adalah kerana dia seorang wanita yang berkebolehan dan mendapat keyakinan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Nor Shamsiah mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada negara.

“Dengan penuh hormat dan tanggungjawab saya menerima pelantikan ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas-tugas Gabenor BNM dengan sebaik mungkin bersama pasukan BNM sekarang.

“BNM akan terus menumpukan perhatian untuk menunaikan mandatnya untuk mengekalkan kestabilan kewangan demi kepentingan negara,” katanya.

Ditanya mengenai keutamaannya sebagai gabenor baharu, Nor Shamsiah berkata, ia terlalu awal untuk diberitahu kerana beliau telah meninggalkan BNM selama hampir dua tahun.

“Saya perlu kembali dan memulakan tanggungjawab saya pada Julai dan berbincang dengan kakitangan mengenai keadaan semasa dan apa yang akan menjadi keutamaan untuk bergerak ke depan,” katanya.- BERNAMA

Tags: BNMLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd