• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera Johor, Daerah Dikibar Separuh Tiang

oleh Ahmad Albab
03/06/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bendera negeri Johor, bendera daerah-daerah dan persatuan dikibarkan separuh tiang mulai hari ini berikutan kemangkatan bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata dengan titah perintah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, bendera negeri Johor, bendera daerah-daerah dan bendera persatuan itu diturunkan separuh tiang mulai hari ini hingga hari pemakaman jenazah Almarhumah.

“Semua masjid utama di negeri ini dititahkan mengadakan majlis tahlil dan doa ke atas roh Almarhumah Hajah Khalsom selepas fardu maghrib mulai hari ini dan pada hari dimakamnya jenazah Almarhumah.

“Kerabat-kerabat diraja yang damping berkabung pada tarikh ini, kemudian tiga hari daripada dimakamnya jenazah Almarhumah manakala rakyat dan penduduk negeri ini pula berkabung pada tarikh dimakamnya jenazah Almarhumah,” katanya ketika mengumumkan kemangkatan Almarhumah Hajah Khalsom di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata berkabung tidak diwajibkan kepada rakyat dan ia adalah pilihan sendiri, namun, sebagai Bangsa Johor, rakyat harus menjunjung tinggi daulat Tuanku.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata bagi lelaki Melayu, mereka perlu memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit, selebar dua inci pada songkok hitam.

Menurut beliau, bagi lain-lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri atau bertali leher warna hitam manakala bagi mereka yang berhak memakai uniform pada majlis tertentu, selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

Katanya, bagi perempuan Melayu, mereka perlu memakai tudung kepala berwarna putih manakala perempuan lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri atau bertudung kepala berwarna hitam.

“Jenazah Almarhumah akan disemayam di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru, di mana rakyat dan orang awam bolehlah mengunjung ziarah sebagaimana peraturan dan waktu yang akan ditetapkan kelak,” kata Abdul Rahim.

Beliau berkata bagi pakaian pada upacara pemakaman, lelaki Melayu perlu memakai Baju Melayu Teluk Belanga serba putih berkain hitam berdagang luar dan berkabung manakala lelaki bangsa lain memakai lounge suit berwarna hitam dan berkabung.

Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII, London, semalam.

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan kelak. – BERNAMA

Tags: hari berkabungJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd