Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Dirogol, Dirodok Besi...

KEJAM dan tidak bertamadun. Itu yang berlaku dalam kes ini, apabila seorang wanita...

Piala Dunia: Uruguay Dahului...

MOSCOW - Rusia perlu menerima hakikat bahawa mereka tewas 0-3 kepada Uruguay pada...

Najib Harap Masjid Jamek...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Masjid Jamek...

Ketiak Priyanka Chopra Jadi...

MEMANG payah kalau jadi terkenal, sampai ketiak pun menjadi isu. Itu yang dialami oleh...

Arsenal Siap Sedia Untuk Marouane Fellaini

DIFAHAMKAN Arsenal sedang membuat persiapan untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini.

Pemain Belgium yang dinamakan bagi skuad untuk menyertai Piala Dunia pada Isnin, akan menjadi ejen bebas pada akhir bulan ini sekiranya Manchester United gagal bersetuju dengan perjanjian baharu.

Sportsmail mendedahkan pada Mei lalu bahawa Fellaini menuntut sekurang-kurangnya kontrak selama dua tahun untuk kekal selepas musim ini.

Namun Manchester United hanya menawarkan satu tahun dengan pilihan tambahan 12 bulan.

Wakil pemain itu telah melakukan rundingan dengan beberapa kelab sebelum ini, termasuk pasukan-pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Turki dan Itali.

Kelab The Gunners dipercayai berminat untuk memperkukuhkan barisan tengah mereka dengan kemasukan Fellaini.


Dalam 23 penampilan musim ini, Fellaini menjaringkan lima gol.

Pemain berusia 30 tahun itu berhijrah ke Old Traffrod dari Everton pada 2013. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori