• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dan Mahathir, Siapa Lebih Berpengaruh?

oleh Haris
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANG sebelum ini dijanjikan yang Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memegang jawatan perdana menteri buat satu tempoh sebelum memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini perjanjian penting dalam Pakatan Harapan yang membolehkannya bergerak sebagai satu pakatan politik.

Persefahaman ini memberi harapan kepada PKR untuk menjadi parti dominan apabila pemimpinnya menjadi perdana menteri.

Manakala bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), persefahaman ini mengesahkan Mahathir yang memimpin parti itu sebagai pemimpin pakatan.

PPBM sebelum ini tidak mahu menyertai PH sepenuhnya tetapi kemudian sedia menjadi anggota komponen PH bila kepimpinan Mahathir diterima.

Ini bermakna PPBM yang jumlah kerusi Parlimen dimenangi paling kecil mendapat kedudukan memimpin PH yang sebelum ini diketuai oleh PKR dan DAP.

Di sinilah punca pertembungan pengaruh Mahathir dan Anwar, isu siapa lebih berpengaruh dan menjadi faktor kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dari segi kepimpinan, Mahathir yang memimpin dan membawa pasukan PH memasuki gelanggang PRU14.

Anwar tidak berada di medan kerana hanya dibebaskan dari penjara selepas PH menang pilihan raya.

Dalam mesyuarat-mesyuarat PH, Mahathirlah tokoh paling dominan selain DAP yang mempengaruhi keputusan kerana kedudukannya juga dominan.

Maka faktor pengaruh Mahathir dianggap penggerak utama PH dan pengaruh ini terus berperanan selepas Kabinet kerajaan PH terbentuk.

Bagi Anwar dan penyokong-penyokongnya, pengaruh Mahathir ini sudah menunjukkan tanda menjadi terlalu kuat.

PKR tidak mendapat portfolio yang kanan, yang semuanya dikaut oleh PPBM dan DAP, kedua-duanya mahu mengatasi Anwar dan PKR.

Kuota Parti Amanah Negara (PAN) pula, Kementerian Pertahanan, diisi oleh Mohamad Sabu yang sudah menjadi penyokong kuat Mahathir.

Sudah nampak tanda-tanda yang Mahathir mahu memegang jawatan PM lebih lama daripada yang dijanjikan.

Tidak ada perjanjian mengikat yang akan menamatkan jawatan Mahathir sebagai PM, kerana ini dibuat sebagai satu persefahaman politik.

Mahathir tidak mahu pengaruhnya diatasi oleh Anwar, dan pada masa yang sama, DAP juga nampaknya lebih dapat apa yang mereka mahu melalui Mahathir.

Semakin lama, pengaruh Mahathir akan lebih mencengkam dan semakin sukar untuk Anwar berbuat apa-apa.

Zaman gandingan Mahathir-Anwar sudah berlalu dan kedua-dua tokoh ini sukar untuk bekerjasama bergandingan bahu dalam Kabinet sekarang.

Kali ini, pengaruh kedua-duanya setara dan Anwar bukan orang nombor dua kepada Mahathir seperti dulu. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimpakatan harapanTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd