• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Tarik Diri Tanding Presiden FAM, Fokus UMNO

oleh Haris
dalam Politik, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan bagi memberi fokus lebih terhadap karier politik.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan kemenangan percuma buat pesaingnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Jelas Annuar, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat Tunku Ismail yang sebelum ini memegang jawatan Presiden badan induk berkenaan dan bersetuju memberikan kemenangan percuma kepada Hamidin.

“Pada 1 Jun lalu, saya telah menyerahkan borang penerimaan pencalonan sebagai Presiden FAM. Berikutan itu, saya telah membuat tinjauan dan berbincang dengan beberapa pemimpin persatuan bola sepak negeri khususnya Tunku Ismail dan Datuk Hamidin.

“Mengambil kira nasihat dan pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan setelah memikirkan dengan mendalam, saya memilih untuk memberi laluan kepada Datuk Hamidin untuk menjawat jawatan Presiden FAM,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Justeru, Annuar berkata beliau kini akan memberikan tumpuan penuh kepada kerjaya politiknya dalam UMNO dan juga sebagai Ahli Parlimen Ketereh.

Ujar Annuar, beliau berhasrat untuk memberikan komitmen tidak berbelah bahagi kepada parti berkenaan sengan mencurahkan masa bersama pucuk pimpinan dan majlis tertinggi bagi memperkasakan UMNO.

Dalam masa sama, calon Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau akan memastikan tugas beliau sebagai pembangkang yang konstruktif dapat dijalankan selepas ini.

 “Saya juga berhasrat menumpukan kepada tugas saya sebagai pembangkang yang konstruktif di parlimen serta menjadi jurubicara rakyat yang berkesan lagi berintegriti.

“Lebih penting lagi saya harus menumpukan khidmat saya kepada rakyat saya di kawasan Parlimen Ketereh,” ujarnya lagi.

Penarikan diri Annuar itu juga menyaksikan Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAM akan diumumkan sebagai Presiden baharu badan induk itu pada Kongres FAM ke-54, 14 Julai depan.

Annuar juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mencalonkannya bagi jawatan nombor satu badan induk berkenaan.

“Saya doakan agar kongres FAM berjalan lancar dan bola sepak Malaysia akan terus maju, Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaPresiden FAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd