• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alahai PH… Klinik Rakyat Ganti Nama Klinik 1Malaysia

oleh AK-47
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FOBIA dengan nama 1Malaysia yang dipopularkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa menjenamakan semula Klinik 1Malaysia.

Ia antara tindakan pelik pentadbiran PH selepas berjaya menurunkan segala lambang 1Malaysia yang dipasang di semua bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) seluruh negara.

Perkara aneh tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad apabila memaklumkan puluhan Klinik 1Malaysia di negara ini yang diwujudkan ketika zaman Najib akan dijenamakan kembali sebagai Klinik Rakyat.

Bagaimanapun ujar beliau, peranannya bakal dioptimumkan dengan penempatan lebih ramai doktor untuk meningkatkan keupayaan operasi klinik yang sejak era dahulu lagi gigih beroperasi setiap hari kecuali cuti umum.

“Penempatan lebih ramai doktor di Klinik Rakyat tidak menjadi masalah kerana kita menghasilkan kira-kira 5,000 doktor yang baharu setiap tahun, cuma fasiliti untuk menempatkan mereka kurang,” kata Dzulkefly.

Beliau juga optimis peruntukan bagi sektor kesihatan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan kemampuan kerajaan PH dan tuntutan semasa meskipun konon menanggung hutang RM1 trilion diwarisi Najib.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kesihatan, di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkefly memberitahu bahawa Kertas Kabinet berhubung cadangan penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri, pada minggu depan.

Beliau berkata majlis itu akan dianggotai lima hingga tujuh tokoh sebagai penggerak yang berperanan menjana idea ke arah memperkasakan sistem kesihatan negara.

“Kita akan memilih yang paling baik dalam kalangan terbaik. Majlis itu akan berperanan bantu kerajaan merangka hala tuju baharu perkasa Kementerian Kesihatan ke arah kelas dunia, sekali gus menambah baik perkhidmatan.

“Mereka akan bekerjasama dengan tenaga pakar sedia ada di kementerian dalam menangani sebarang isu sebelum mencadangkan penyelesaian terbaik kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, warga kementerian perlu proaktif menangani permasalahan mendesak dalam operasi perkhidmatan di negara ini, termasuk tempoh menunggu lama untuk pesakit bertemu doktor, khususnya pakar perubatan.

“Selain itu, tempoh menunggu lama untuk keputusan suatu siasatan mengenai kes kesihatan; bekalan ubat-ubatan terganggu; kesesakan di kemudahan kesihatan; dan peningkatan kos penjagaan kesihatan, terutama dalam sektor swasta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian memerlukan peruntukan lebih tinggi bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat terus diperkasakan.

“Dalam tempoh lima tahun ini, diharap sektor kesihatan dapat menyumbangkan sekurang-kurang enam hingga tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Mengenai penangguhan sementara pelaksanaan Skim Peduli Sihat membabitkan cadangan pemberian RM500 pembiayaan rawatan asas di klinik swasta berdaftar bagi golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), katanya, perkara itu diharap dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019. – BH Online

Tags: jemaah menterimajlis penasihat kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

07/02/2024
0

Putrajaya : Jemaah Menteri tidak membincangkan sebarang keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana...

Permukiman Jemaah Menteri Di Lokasi Rahsia Esok – Fahmi

Permukiman Jemaah Menteri Di Lokasi Rahsia Esok – Fahmi

14/01/2023
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi permukiman bersama barisan Jemaah Menteri, esok. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd