Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Chalet Di Melaka Ini...

HAIH.....kalaulah begini bagaimanalah industri pelancongan ingin berkembang pesat  jika wujud hotel atau chalet...

8,876 Calon SPM 2019...

PUTRAJAYA - Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh...

Melaka Galak Pakai Pelitup...

MELAKA: Kerajaan negeri menasihatkan ibu bapa serta pihak sekolah supaya menggalakkan pelajar memakai...

Kontinjen Malaysia Akan Merayu...

INCHEON - Kontinjen negara masih belum hilang emas pertama yang diraih menerusi atlet...

Jemaah Menteri Tak Bincang Keperluan Lembaga Pengampunan Buat Penjelasan

Putrajaya : Jemaah Menteri tidak membincangkan sebarang keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Lembaga Pengampunan juga sebelum ini secara lazimnya tidak pernah memberikan sebagai kenyataan berhubung justifikasi keputusan mereka.

“Perdana Menteri ada menegaskan apa yang beliau sebutkan semalam dan dalam perhimpunan bulanan dan kita berpegang kepada kenyataan itu.

“Pada masa sama, setahu saya, Jemaah Menteri tidak ada membincangkan keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang pengumuman,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ditanya pandangan peribadinya sama ada wujud keperluan supaya Lembaga Pengampunan membuat penjelasan berhubung pengurangan hukuman Najib, Fahmi berkata, beliau bersetuju dengan pandangan pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi bahawa perbincangan Lembaga Pengampunan berstatus rahsia.


“Saya terima pandangan pakar perlembagaan Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, yang menulis rencana di sebuah akhbar sebelum ini.

“Beliau menyatakan bahawa perbincangan dalam Lembaga Pengampunan ini berstatus rahsia dan saya bersetuju dengan pandangan itu,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori