• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Mati Gara-Gara Wanita Cuba Racun Makanan

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHARASHTRA – Seorang wanita berhadapan dengan hukuman mati selepas lima orang terbunuh gara-gara dia meracuni makanan di sebuah majlis keramaian kerana tidak tahan dengan sikap keluarga mentua.

Pradnya Survase, 23, ditahan polis India selepas didapati meracuni makanan dengan mencampurkan racun serangga ke dalam hidangan kuah dal.

Hidangan itu disediakan kepada para tetamu sempena keluarga mertua Survase memasuki rumah baharu di perkampungan Mahad, daerah Raigad dekat sini pada 18 Jun lalu.

Susulan itu, lima tetamu termasuk empat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 13 tahun meninggal dunia tidak lama selepas mereka menikmati hidangan berkenaan.

Menurut akhbar The Hindustan Times, Survase memang berniat untuk bunuh suaminya, ibu mertua, dua ipar serta kakak ibu mentuanya gara-gara mereka sering hina masakannya selain mengejek dia yang berkulit gelap.

Survase kini berhadapan dengan hukuman mati atas pertuduhan melakukan pembunuhan. – Agensi/Kosmo Online

Tags: RacunWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd