Sample Page Title

RAMAI tidak tahu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out.

Musibah yang menimpa negara ini terdiri daripada pelbagai projek pengangkutan awam utama Lembah Klang yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri melibatkan syarikat kroni beliau.

Kesemua projek mega ini malahan mempunyai landasan yang berbeza, sistem kereta api berbeza, penggunaan tiket berlainan dan integrasi yang amat minimum antara setiap stesen.

Prasarana sebuah agensi milik kerajaan kemudiannya terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mengintegrasikan dan menyeragamkan kesemua stesen laluan berlainan.

Projek-projek Mahathir yang bermasalah itu adalah:

1. LRT Putra-Kelana Jaya

Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998.

Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

2. LRT2 (Star-Ampang)

Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.

LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3. KL Monorail

Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003.

Projek ini jatuh bankrap disebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah. Pada 30 April 2004, KL Infra mencatat kerugian bersih RM46.24 juta daripada hasil jualan RM15.08 juta.

KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

4. Bas Intrakota

Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan tidak berdisiplin.

Projek ini namun bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

5. Skandal Perwaja Steel

Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun Nippon Steel Corporation namun syarikat Jepun telah menarik diri disebabkan hutang yang banyak.

Merujuk Malaysia Today, Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion semasa dialog dengan rakyat Malaysia di London dan mengakui terdapat kemungkinan penyelewengan dana serta salah urus di Perwaja.

Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih dan Perwaja telah dilumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.

Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diselamatkan.

6. Skandal Bank Bumi

Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit yang dibenlanjakan. Apabila ditanya, Mahathir cuba mengelak isu tersebut dengan mudah mengatakan dirinya tidak terlibat dengan skandal Bank Bumi.

“Saya tidak mencuri duit. Wang itu hilang dan ia adalah wang bank,” kata Dr. Mahathir kepada akhbar tempatan pada Mei 2015.


7. Empangan Bakun

Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti terdiri daripada syarikat-syarikat swasta sejak bermulanya projek tersebut pada tahun 1960-an lagi.

Semasa zaman Mahathir, terdapat pelbagai halangan yang berlaku sehingga projek ini diserahkan kepada kroninya Tan Sri Ting Pek Khiing. Namun disebabkan berlaku isu dengan masyarakat setempat dan masalah kewangan, projek ini terbengkalai.

Kerajaan terpaksa menyelamatkan projek empangan Bakun daripada terus terbengkalai dan mengalami kerugian yang besar.

8. Proton

Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor, namun setelah kereta itu mendapat pasaran Proton masih lagi mahu bantuan wang kerajaan bagi membuat pembayaran tersebut.

Secara langsung, Proton terpaksa bail-out oleh kerajaan bagi melunaskan hutang-hutang tersebut kepada vendor.

Malah, pendaptan Proton yang dieksport merudum hanya 7,622 pada tahun 2003 berbanding 14,965 pada 1994, dan 25,686 pada 1997.

Kemudian, Proton telah diambil alih oleh kumpulan DRB-HICOM milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.

9. Forex

Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990-an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab.

Kerugian terbesar yang disifatkan lebih lima kali ganda rizab asing negara ketika itu berlaku disebabkan kelemahan kepimpinan kerana berlaku spekulasi wang asing tanpa kawalan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam laporannya percaya bahawa Mahathir merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion bagi tempoh 1992 hingga 1994.

10. Malaysia Airlines (MAS)

Pada era 1990-an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50) bagi saham MAS untuk membantu mengelakkan Bank Negara Malaysia (BNM) rugi berbilion ringgit akibat kerugian dalan skandal pertukaran asing.

Oleh disebabkan MAS terpaksa menanggung kerugian forex, MAS terpaksa diswastakan dan prestasinya turun mendadak sehingga bail-out dengan harga yang tinggi oleh kerajaan.

Mungkin Mahathir sudah lupa kegagalan yang dihadapinya dahulu sehingga banyak projek mega telah bankrap dan terpaksa diambil oleh kerajaan untuk diselamatkan dan diteruskan demi kepentingan rakyat.

Sehingga kini, projek-projek dirancang Datuk Seri Najib Tun Razak pula menjadi mangsa apabila dibatalkan dengan digantikan kepada projek baharu oleh Mahathir sendiri.

Namun, adakah projek baru ini releven dan benar-benar perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara? – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...