• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahari Mahu Tamatkan Penantian Penduduk

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Misi pertama calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip adalah menamatkan penantian penduduk​​​​​​​ bagi mendapatkan tanah kurnia daripada kerajaan Johor, sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya​​​​​​​ Umum ke-14 (PRU14).

Beliau, yang juga calon baharu BN di kerusi itu berkata, usaha tersebut telah digerakkan sebelum ini oleh wakil rakyat BN terdahulu.

“Perkara ini pernah diusahakan oleh wakil rakyat sebelum ini tapi tidak sempat untuk diselesaikan kerana ia melibatkan proses yang panjang,” katanya, yang juga Ketua UMNO Bahagian Segamat kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Selain itu, beliau mahu membawa agenda pembangunan baharu di kawasan berkenaan di samping meneruskan usaha pembangunan dan kemajuan seperti yang dirancang dan dijanjikan wakil rakyat sebelum ini.

“Saya ingin menjadikan Buloh Kasap sebagai antara DUN yang dikenali di negeri Johor,” kata bekas​​​​​​​ pegawai khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramanian itu.

Zahari, 51, dipilih untuk menggantikan wakil rakyat sebelum ini, Norshida Ibrahim, yang tidak tercalon untuk PRU kali ini.

“Saya berazam berusaha membawa agenda pembangunan baharu di DUN Buloh Kasap dengan mengambil kira pandangan dan keperluan penduduk di pekan kecil ini,” katanya.

​​​​​Ditanya mengenai cabaran satu lawan satu berhadapan dengan calon PKR, Norsamsu Mohd Yusof, 47, anak jati Segamat itu berkata beliau menghormati lawannya yang merupakan anggota PPBM.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan kemajuan, pembangunan yang telah dan sedang berjalan, atas usaha​​​​​​​ dilakukan wakil rakyat BN sebelum ini menjadi penyebab DUN Buloh Kasap akan terus kekal di bawah BN pada PRU14 ini,” katanya.

Zahari berkata beliau mula bergiat aktif dalam UMNO 1998 apabila dilantik sebagai setiausaha UMNO Bahagian Buloh Kasap. “Sejak itu saya mula terlibat dalam kerja-kerja kempen parti bersama bekas wakil rakyat Buloh Kasap Datuk Othman Jais yang telah banyak mengajar saya selok belok dunia politik,” katanya.

Sebagai rekod, Othman merupakan antara pemimpin UMNO yang disegani oleh masyarakat setempat dan juga negeri Johor, yang menyandang kerusi DUN Buloh Kasap selama enam penggal berturut-turut bermula 1981 sebelum digantikan Norshida pada PRU13. – BERNAMA

Tags: Datuk Zahari SaripPRU13
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Penampang Tak Mahu Ulangi Episod PRU13

19/04/2018
0

PENAMPANG - Rakyat Penampang tidak mahu mengulangi kesilapan dilakukan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan kesemua kerusi Dewan...

Manifesto PRU13 N.Sembilan Tercapai Sepenuhnya

13/04/2018
0

SEREMBAN – Kesemua 44 manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd