• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Terlantar Syukur Dapat Mengundi

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Terlantar sejak enam bulan akibat menghidap penyakit gout yang kronik, menyebabkan seorang warga emas tidak tidur lena semalam memikirkan hasrat untuk mengundi pada hari ini mungkin tidak akan tercapai berikutan keuzurannya itu.

Mengenangkan keadaan itu, Musa Ismail, 68, merasa sedih memandangkan beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab itu sejak 1974 iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-4, kerana merasakan ini merupakan satu daripada cara menunjukkan rasa cintanya kepada tanah air.

Namun hari ini beliau yang tinggal bersama isterinya Halijah Bakar, 65, di Felda Sebertak di sini bersyukur apabila sekumpulan anak muda muncul di kampung itu menawarkan diri untuk membawanya ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sebertak walaupun terpaksa mengangkat dan mengusungnya dari atas katil untuk menaiki kereta.

“Mula-mula itu rasa sedih jugaklah bila mengenang tidak dapat mengundi kali ini, namun nasib baik mak cik (merujuk kepada isteri) ternampak kumpulan anak muda yang menawarkan bantuan untuk menghantar orang pergi mengundi.

“Dapat jugaklah pak cik mengundi untuk kali ke-10,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas beliau pulang mengundi pada pukul 11.30 pagi tadi.

Katanya sebaik sahaja tiba di pusat pengundian itu, dia disambut oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum disorong dengan menaiki kerusi roda untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: PRU14Undiwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd