• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Ceramah Tiada Sambutan Adalah Palsu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat hari ini menyelar perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video palsu ceramahnya tiada sambutan.

Katanya penyebaran video tersebut hanya bertujuan menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Saya terkejut sebab bila masa pula ceramah saya tiada orang,” katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Surau Taman Sri Penaga di Sikamat, dekat sini hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut perkara tersebut, pembantu peribadinya yang juga personaliti program motivasi dan keagamaan, Muhamad Khushairi A. Rashid berkata rakaman tersebut telah diolah dengan niat untuk memburukkan Syamsul.

“Pihak kami telah memeriksa rakaman tersebut dan ucapan Syamsul dalam rakaman itu sebenarnya dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016,” katanya di sini.

Malah katanya pihak mereka juga tidak pernah menganjurkan program ceramah seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.

Video berdurasi 45 saat itu yang tular di media sosial sejak semalam, memaparkan suasana ceramah yang tidak mendapat sambutan dengan tempat duduk kosong dan berlatarbelakangkan suara Syamsul.

Bagaimanapun video itu tidak menunjukkan kelibat Syamsul. – BERNAMA

Tags: ceramahSyamsul Debat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

27/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan...

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didakwa berasa dirinya seperti 'rockstar' tanpa menyedari banyak ucapannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd