Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Semua Anak Kapal Women’s...

PENGERUSI MyCare, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mengesahkan kesemua 13 anak kapal...

Donald Trump Dikecam, Ejek...

NEW YORK - Usahawan hartanah, Donald Trump dikecam The New York Times kerana...

Azizulhasni Tetap Hormat Lawan...

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah bergelar juara dunia acara keirin, jaguh berbasikal trek...

Harga RON97 Naik 2...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.63...

TPM Kempen Hari Ke-8 Tinjauan Mesra Di Pasar

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan kempen pilihan raya yang masuk hari ke-8 dengan melakukan tinjauan mesra di Pasar Sabtu Selekoh di sini.

Meskipun pemimpin nombor dua negara itu sibuk dengan tugas rasmi, Ahmad Zahid yang merupakan penyandang dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk itu tetap mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di situ.

Beliau yang tiba di situ kira-kira 10.30 pagi, terus menuju ke kedai Wak Fozi Soto milik Ruziatun Sarnon, 46, dan menikmati juadah itu bersama-sama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta penduduk setempat.

Ruziatun yang menghidangkan juadah kegemaran Ahmad Zahid ketika ditemui menyatakan keterujaan dapat berjumpa dengan Ahmad Zahid.

“Walaupun saya orang sini, saya tetap teruja berjumpa dengan wakil rakyat saya yang membangunkan kawasan Bagan Datuk ini,” katanya.


Dalam tinjauan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sempat membeli lima tin kopi tradisional buatan sendiri, masing-masing seberat tiga kilogram daripada rakan lamanya yang berniaga menggunakan van.

Beliau meluangkan masa lebih sejam di situ sebelum ke program Pembangunan Hab-Automotif dan Kenderaan Komersial di Bagan Datuk di Hutan Melintang pada sebelah tengah hari. – BERNAMA

Kategori