• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol Percuma Lebuh Raya LATAR Sempena Hari PRU

oleh
02/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Konsesi Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR) hari ini mengumumkan akan memberi laluan tol percuma kepada semua kelas kenderaan pada 9 Mei ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Laluan tol percuma itu boleh dinikmati bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang dan dianggarkan lebih 100,000 pengguna bakal mendapat manfaat daripada tawaran tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Lebuhraya KL-Kuala Selangor, Datuk Mohamed Raffe Chekku, pemberian bayaran tol secara percuma itu bertujuan bagi melancarkan dan memudahkan perjalanan pengguna keluar untuk mengundi.

“Lebuhraya LATAR merupakan gerbang laluan bukan sahaja untuk bandar-bandar kecil di kawasan pantai barat semenanjung tetapi juga kepada bandar-bandar besar seperti Selayang, Rawang, Shah Alam, Sungai Buloh dan sebagainya.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang bertanggungjawab, kami menyokong penuh rakyat Malaysia yang mahu pulang mengundi dengan menawarkan perjalanan yang lebih pantas dan selamat bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memaklumkan pasukan operasi lebuh raya tersebut akan sentiasa bersedia untuk memantau pergerakan lalu lintas pada hari tersebut.

Di samping itu, beliau berkata lorong tambah nilai di setiap plaza tol berkenaan akan tetap beroperasi selama 24 jam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR , sila hubungi talian 03-6145 1515 atau dapatkan informasi terkini di www.facebook.com/latarexpressway dan www.twitter.com/Latarexpressway. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: lebuh raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tambah Unit PPA1M Harga RM90K-RM120K

Next Post

Sarawak Report Sah Penipu! Hadi Menang Saman Fitnah

Related Posts

Lebuh Raya Dilitupi Ais Punca Kemalangan Babitkan Lebih 100 Kereta

Lebuh Raya Dilitupi Ais Punca Kemalangan Babitkan Lebih 100 Kereta

23/02/2024
0

BEIJING : Permukaan lebuh raya licin dilitupi ais mengakibatkan lebih 100 kereta bertembung antara satu sama lain, menyaksikan beberapa individu...

Polis Marin Rampas Diesel, Kapal Tangki Bernilai RM5 Juta

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

12/02/2024
0

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing...

Next Post

Sarawak Report Sah Penipu! Hadi Menang Saman Fitnah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd